Thursday, September 3, 2009

SALAM RAMADHAN DAN SALAM SATU MALAYSIA





LISAN KADANG-KADANG TAK TERJAGA

JANJI KADANG-KADANG TERABAI

HATI KADANG-KADANG BERPRASANGKA

SIKAP KADANG-KADANG MENYAKITKAN


MAAF SEGALA KESILAPAN. SEMOGA KITA BERSAMA MELALUI RAMADHAN DENGAN HATI YANG SUCI DAN IKHLAS.

Saturday, July 11, 2009

HASIL KERINGAT 25 TAHUN DIBAYAR RM500.00








Hasil keringat 25 tahun warga emas di FELDA Bukit Rokan hanya akan dibayar RM500.00 oleh MDT. Cubalah fikirkan sendiri....




Selama 25 tahun beliau berusaha dan tidak pernah jemu memperbaiki kehidupan beliau dan anak-anak. Semasa orang kampung lain sibuk berborak-borak dikedai-kedai kopi... semasa orang lain sibuk menjaja cerita dimesyuarat-mesyuarat tingkap.... semasa orang lain berehat-rehat di rumah... semasa itulah hutan belukar ditebas dengan tangan sendiri... paya dan parit dikambus... dengan tulang empat kudrat beliau mengusahakan tanah untuk tanaman sampingan. Beliau mengambil inisiatif untuk menambah pendapatan.




Selama 25 tahun beliau berusaha atas keringat sendiri menguasahakan tanaman sampingan menanam pokok kelapa dan menanam pokok buah-buahan... dengan tiba-tiba tanah yang diusahakan selama 25 tahun itu digondol atas nama pembangunan tanpa SEBARANG NOTIS, MAKLUMAN jauh sekali mohon keizinan oleh MDT, JKKK dan FELDA.




Dengan perasaan hiba bantahan telah dibuat... tapi yang diberi tahu oleh MDT beliau hanya akan diberi sagu hati sebanyak RM500.00. Berbaloikah???




Pokok kelapa yang diusahakan selama ini merupakan pendapatan sampingan beliau tambahan pula anaknya telah membuka kedai kek... buah kelapa tersebut digunakan sebagai bahan mentah dalam produk yang dihasilkan...




Persoalannya...


1. Tidak kah pernah terfikir oleh orang atas-atas-atas betapa banyak kerugian yang telah dan bakal dihadapi...


2. Tidakkah mereka ini boleh datang berbincang dan meminta keizinan daripada pengusaha.


3. Mana pergi Pegawai-pegawai MDT dan FELDA untuk membuat analisa perkara-perkara yang berbangkit atas tindakan mereka yang melulu.




Cubalah fikirkan...


bukan kami menolak pembangunan... buatlah apa juga pembangunan demi rakyat... TAPI... sukar sangatkah mereka meminta kebenaran atau sekurang-kurangnya memaklumkan kepada beliau dahulu dan berbincang...
















Monday, July 6, 2009

SUARA BUKIT ROKAN

SURAT TERBUKA UNTUK
YAB. Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad b. Hj. Hassan
Menteri Besar Negeri Sembilan


Assalamualaikum,
YAB Dato’ Seri Utama

BANTAHAN TERHADAP PERLANTIKAN EN MOHAMAD ZAIN BIN ABD GHANI SEBAGAI PENGERUSI JKKK FELDA BUKIT ROKAN

Adalah dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

Untuk makluman YAB Dato’ Seri Utama, kami mohon pertimbangan daripada Dato’ supaya perlantikan En. Mohamad Zain Bin Abd Ghani ditarikh balik atau tidak disambung kontraknya. Kami mewakili sebahagian besar penduduk kampung membantah atas perlantikan beliau sebagai Pengerusi JKKK di FELDA Bukit Rokan. Di bawah ini diserta sebab-sebab bantahan ini untuk pertimbangan YAB Dato’ Seri Utama:-

1. Bersikap tidak adil dan tidak professional, mencampurkan masalah peribadi dengan tugas beliau sebagai Ketua kampung. Sebagai contoh menyekat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bantuan-bantuan lain yang dihulurkan kepada penduduk atau pertubuhan sekiranya pemohon tersebut kurang disenangi beliau. Malahan beliau membantah sebarang permohonan yang dihulurkan atas sebab-sebab peribadi.

2. Tidak memberi kerjasama dengan penduduk kampung, bersikap sombong dan angkuh. Sebagai contoh penduduk yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan akan ditekan atau tidak dibenarkan berniaga atas alasan yang tidak munasabah.

3. Tidak pernah memberi bantuan kepada persatuan-persatuan / kelab-kelab dari segi kewangan. Sebagai contoh TABIKA KEMAS tidak pernah mendapat bantuan atau sumbangan daripada JKKK untuk menjayakan program-program seperti sukan tahunan dan sebagainya semenjak beliau memegang jawatan Pengerusi JKKK. Adalah difahamkan bantuan tidak disalurkan hanya kerana beliau mempunyai masalah peribadi dengan Pengerusi Tabika Kemas. Malahan kelab-kelab sukan di dalam FELDA terpaksa mencari alternatif lain untuk menjayakan program-program yang dianjurkan.

4. Menebang pokok-pokok kelapa dan buah-buahan yang menjadi hasil sampingan peneroka tanpa sebarang notis.

5. Sewenang-wenangnya mengambil tanah yang diusahakan oleh peneroka tanpa berbincang dengan pengusaha. Sebagai contoh beliau mengusahakan kolam ikan di atas tanah yang telah diusahakan oleh orang lain tanpa berbincang terlebih dahulu.

6. Menyekat kemudahan-kemudahan awam untuk digunakan oleh orang ramai. Sebagai contoh kelab sukan tidak dibenarkan mengadakan aktiviti di dalam dewan atas sebab remeh temeh seperti meningkatnya penggunaan bil elektrik dan air.

7. Tidak mempunyai sifat-sifat kepimpinan. Tidak boleh menerima kritikan, tidak boleh ditegur, cadangan dan pandangan daripada orang lain. Bersikap irihati dan hasad dengki terhadap keupayaan orang lain.


Kami percaya sekiranya beliau masih lagi diberikan kepercayaan untuk menjawat jawatan Ketua Kampung, penduduk di sini pasti akan berpecah belah dan tidak mustahil akan beralih arah menyokong pihak pembangkang pada PRU yang ke13. Untuk makluman, kaum-kaum lain juga tidak menyenangi beliau sebagai ketua kampung.

Daripada:-

SUARA BUKIT ROKAN

Friday, June 26, 2009

MALEH NAK LAYAN

DEN SOBONAR DAH MULO RASA MUAK TENGOK PERMAINAN POLITIK KAT MALAYSIA NI TERMASUKLAH KAT KG DEN.
Tapi kekadang elok jugak kito sorgah oghang-oghang ni kalau tak tido memanjang... terbaru ari tu... perhimpunan agung cawangan... aduhai kesian botol den tengok... perwakilan bahagian yang datang pun macam tak nak datang. buat syarat yo.
Usul yang berbuih-buih oleh ahli cawangan bolum tontu sampai kat bahagian. oghang bahagian pun bolum tontu baca sumo usul tu main selak muko surat yo.

aduhai pemudo... lagi kesian... ajkpun tak datang. yang datangpun macam kono pakso. kok camnilah... makin parahlah PRU ke 13.

MASIH TAK NAMPAK PERUBAHAN YANG CINANG-CANANGKAN... mungkin najib sorang yo yang berubah..

Thursday, May 28, 2009

TIMO KASIH MB


Ari tu den ado cito tontang MB nak datang kg den sobab nak rasmikan sekolah menengah yang dah berusia 29 tahun.


Alhamdulillah...

ado buah tangan eee... PIBG dapek 50ribu sekolah dapek 10 ribu. timo kasih banyak-banyak. semoga duit tu dimanfaatkan dongan sebaik ee untuk maso dopan anak-anak kito.




Saturday, April 18, 2009

Buah Tangan Untuk Tampin.


Terima Kasih YB Dato’.

Tadi YB Dato’ Shaziman Bin Abu Mansor, Menteri Kerja Raya yang baru dilantik ada membuat pengumuman masjid-masjid di seluruh bahagian Tampin akan dibaikpulih.

Sumbangan juga akan disalurkan kepada semua Masjid Daerah Tampin untuk aktiviti mengimarahkan masjid.
Sebelum itu, YB Dato' juga menyatakan bantuan khairat kematian sebanyak RM300.00 dan bantuan kecemasan seperti kebakaran rumah (RM300.00) juga disalurkan kepada warga Tampin.

Saturday, April 11, 2009

BENARKAH SEMUA PEMBANGUNAN UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT???




Saya terpanggil untuk menulis kenyataan ini kerana baru-baru ini saya menerima perkhabaran bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan menyalurkan bantuan 20 unit komputer kepada JKKK FELDA Bukit Rokan. Saya mengakui kerajaan berniat baik. Saya tahu terdapat jurang perbezaan dalam bidang IT dan teknologi antara masyarakat Bandar dengan masyarakat kampung (luar Bandar). YB Datuk berniat baik untuk menggalakkan masyarakat luar bandar agar lebih terdedah dalam dunia IT dan menggalakkan perkembangan ilmu.

Tapi sedarkah pihak kerajaan dengan menyalurkan bantuan seperti itu juga memusnahkan perusahaan kelompok kecil yang lain. Untuk makuman, telah ada peniaga kecil dikalangan bumiputera yang telah mengusaha perniagaan internet dan komputer di tempat tersebut.

Pembinaan sebuah lagi pusat internet di FELDA Bukit Rokan melalui peruntukan 20 unit komputer kepada pihak JKKK adalah tidak relevan dengan kapasiti penduduknya seramai 2000 orang yang mana sebahagian besarnya adalah lingkungan umur 30 tahun ke atas dan hanya dianggarkan 400-500 orang lingkungan umur remaja (10 -20 tahun). Yang menjadi pengunjung pusat internet sekadar 15-20 orang sehari.

Berdasarkan jumlah penduduk yang kurang, adalah mustahil untuk peniaga kecil tersebut bersaing dengan pihak kerajaan ditambah pula dengan jadual persekolahan yang agak panjang iaitu daripada pagi hingga petang menyebabkan pengunjung hanya ramai di sebelah lewat petang dan hujung minggu.

Pendek kata, pembinaan pusat internet yang dibuka oleh pihak kerajaan nanti tentunya memberi kesan yang besar dan kerugian terhadap perniagaan tersebut.

Sememangnya benar... tidak semua pembangunan oleh kerajaan adalah untuk kesejahteraan rakyat. Selain contoh di atas, pembangunan dengan pembukaan gedung perniagaan dan pasar raya sebenarnya telah mengenepikan atau membunuh peniaga-peniaga kecil yang lain yang rata-rata adalah daripada masyarakat bumiputera rakyat luar bandar.

Kita bukan menolak pembangunan tapi benarkah pembangunan tersebut benar-benar untuk kesejahteraan rakyat???

Thursday, April 9, 2009

MB DATANG - DAPEK DUIT ATAU ABIH DUIT.



Tak lama lagi MB datang kg den sebab nak rasmikan bangunan sekolah. Den memang gomar dongan MB ni sobab dia hamble dan mesra alam. Tapi yang den tak gomar... bila dio datang... abih duit pertubuhan, duit sekolah sobab nak sambut dio. Nak sombut MB lah katokan... ber iyo-iyolah suku sakat kat kg ni.
Kalau PM datang sekalipun biarlah dia datang dengan keadaan sedia ado kat kg tu. Biarlah dia tahu jalan berlubang-lubang. Lampu jalan tak cukup. Air selalu takdo. Biarlah dia tau...

Ni suku sakat nak tunjuk kg ni cantik maso MB datang tapi hakikat ehhh banyak lagi masalah infrastruktur tak settle.
Den bukan marah kat MB tu. MB tu baik. Tapi den marah kat suku sakat kat kg den ni. Nak glamour dopan MB.

Paling den tak gomar sobab utama eeee abih duit pertubuhan den dia nak ambik sobab nak buat program maso MB datang nanti. Dah lah duit yang dapek ciput. Nak diambil pulak semato-mato nak tunjuk kat MB. MB pun tak ponah bagi duit kat pertubuhan den ni. Yang nak ambik duit tu LAGILAH TAK PONAH nak salurkan kat pertubuhan den ni.

Pertubuhan ni disertai oleh anak-anak muda.... yang rato-rato tak kojo... makno eee takdo sumber pendapatan... jadi bilo ado aktiviti sukan… aktiviti kebudayaan… duit yang YB Tok Man bagilah kami gunakan… sekarang duit tu pun nak amik semato-mato sobab MB nak datang. ADUHHHHH aiii.

Monday, April 6, 2009

ONE NATION.


SATU MALAYSIA. RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

LU FIKIRLAH SENDIRI





UNTUK RENUNGAN BERSAMA
[Ayat : 135]
Wahai orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalau orang itu kaya atau miskin maka Allah lebih tahu keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu untuk berbuat tidak adil. Dan jika kamu memutar belitkan keterangan ataupun enggan (menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.


[Ayat : 136]
Wahai orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan kepada Kitab yang diturunkan kepada Rasul-Nya, dan Kitab-kitab Suci yang diturunkan sebelumnya. Dan sesiapa yang kufur kepada Allah, dan Malaikat-Malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.


[Ayat : 137]
Sesungguhnya orang yang beriman, kemudian kafir, kemudian beriman semula, kemudian mereka kafir lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi kafir, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi petunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar.


[Ayat : 138]
Sampaikanlah khabar berita kepada orang munafik bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.


[Ayat : 139]
(Iaitu) orang yang mengambil orang kafir menjadi teman dengan meninggalkan orang yang beriman. Tidaklah patut mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan itu semuanya ialah milik Allah.


[Ayat : 140]
Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu di dalam Kitab (Al-Qur'an), iaitu apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir), maka janganlah kamu duduk dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya kamu jika demikian, tentulah sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam semuanya.


[Ayat : 141]
(Iaitu) orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah berkatalah mereka: Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu? Dan jika orang kafir pula mendapat bahagian, berkatalah mereka: Bukankah kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu dari orang beriman? Maka Allah akan menghakimi di antaramu pada hari kiamat; dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang kafir untuk membinasakan orang yang beriman.


[Ayat : 142]
Sesungguhnya orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap Allah, dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka. Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka riak kepada manusia, dan mereka pula tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali.


[Ayat : 143]
Mereka berkeadaan ragu-ragu antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak kepada (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.


[Ayat : 144]
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?


[Ayat : 145]
Sesungguhnya orang munafik ditempatkan di tingkat yang paling bawah dari neraka. Dan engkau tidak akan mendapat seorang penolongpun untuk mereka.





Thursday, April 2, 2009

UCAPAN SAYA UNTUK NEGARAWAN



UCAPAN KEPADA NEGARAWAN YANG DIHORMATI...PAKLAH.
SEBENARNYA SAYA RASA SAYA TAK LAYAK UNTUK MEMBERI UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PAKLAH ATAS SUMBANGAN BESAR BELIAU KEPADA NEGARA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN SAYA.

SAYA CUMA NAK MOHON JUTAAN KEMAAFAN ATAS SEGALA KETELANJURAN TUTUR BICARA SAYA, KOMEN-KOMEN MAHUPUN PERBUALAN ANTARA RAKAN YANG MENGAITKAN NAMA PAKLAH DALAM HAL-HAL PENTADBIRAN NEGARA.

Saya tahu Paklah tentu tak tahupun saya mengumpat dan mengutuk Paklah. Sebab Paklah bukan kenal dengan saya. Blog ni pun belum tentu Paklah baca. Tapi saya harap ade yang sampaikan kata-kata saya untuk Paklah ni.

Saya selalu marah-marah dan salahkan Paklah sebab harga barang dan minyak naik dahulu. DAHULU. Bila difikirkan semula siapalah saya ini... Paklah tentunya jauh lebih mengambil berat tentang rakyat, negara, bangsa dan agama daripada saya. Paklah tentunya lebih tahu dan lebih bijak untuk mengurus hal-hal negara berbanding saya. Paklah tentunya mempunyai tanggungjawab yang jauh lebih besar daripada saya. Kerana itu saya rasa saya tak layak mengucapkan terima kasih.

Saya cuma ingin mohon maaf atas ketidaksabaran saya.

Tuesday, March 17, 2009

POLITIK WANG - SYYYYYY BETUL KE????


BETUL KE? DIA KENA ANIAYA KOT? ORANG LAINPUN BUAT JUGAK... KENAPA YANG DIA TAK KENA... ORANG NAK CANTAS KOT???

banyak persoalan yang timbul... sapa nak jawab... tak ambil tindakan orang mengata...bila diambil tindakan orang mencela...

Kalau nak tahu benar atau tidak .... tanya je pada perwakilan-perwakilan atau ketua wanita/pemuda/puteri bahagian... mereka bukan ramai sangatpun... ade tak mereka terima apa-apa dari siapa-siapa atas sokongan mereka.

tanyalah....

DESAK KERAJAAN UNTUK BAN LAGU AGNES MONICA


KERAJAAN PERLU BERTINDAK TEGAS DAN CEPAT... LAGU AGNES MONICA PERLU DIHARAMKAN DI NEGARA INI. PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM LAGU INI BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN DI NEGARA INI YANG MENGKHUSUSKAN KALIMAH ALLAH HANYA UNTUK ORANG ISLAM.

SO.. BERTINDAKLAH CEPAT... UNDANG-UNDANG DAH ADE TAPI PERLAKSANAAN LEMAH..

DARI BLOG http://ustazmoden.wordpress.com/

Lirik Lagu Allah Peduli Yang Dinyanyika Agnes Monica di atas

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yangku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah mengerti
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah dibiarkannya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku mengerti


MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) mahu agar tindakan diambil mengharamkan sebuah lagu Indonesia berjudul “Allah Peduli” kerana liriknya antara lain menyebut “…sebab Allah Yesusku mengerti.”
Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata walaupun beliau belum pernah mendengar lagu itu, tindakan mengharamkannya wajar diambil memandangkan ia menyentuh sensitiviti yang membabitkan soal agama.
“Kita umat Islam dalam perakuan kepercayaan kepada Allah yang maksudnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, jelas mengakui Allah itu Esa, maka larangan penggunaan Allah oleh agama selain Islam adalah untuk mengelak kekeliruan di kalangan orang Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai lagu berkenaan nyanyian penyanyi Indonesia, Agnes Monica.
Dalam lagu berkenaan, perkataan Allah diulang beberapa kali manakala perkataan ’sebab Allah Yesus ku mengerti’ kedengaran pada bahagian akhir lagu selama tiga minit 40 saat itu.
“Ada sesetengah dari kita yang tidak faham dengan kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi. Lirik ini secara senyap memesong keimanan dan akidah,” kata Mohamad Adzib.
Beliau berkata MAIS akan mengambil tindakan mengharamkan lagu itu serta menarik semua edaran album yang mengandungi lagu berkenaan sebaik kajian dan penelitian dibuat.
“Kita minta pihak yang berkenaan di peringkat kerajaan pusat turut memantau isu lirik lagu ini dan mengambil langkah sewajarnya demi memelihara kesucian agama Islam,” katanya. / Bernama

Friday, March 13, 2009

ISU PPMSI


kalau nak penjelasan lebih lanjut baca je suara negarawan kite dalam blog beliau http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa.html

TAPI KALAU TAK FAHAM-FAHAM ATAU BUAT - BUAT TAK FAHAM...
BUAT BODOH JE. .. ORANG BODOH SOMBONG NI MEMANG SUSAH NAK DIAJAR.

KALAU TAK FAHAM BAHASA INGGERIS SAYA ADE JUAL KAMUS ELEKTRONIK (SOFTWARE)
e-kamus HARGANYA TAK MAHAL RM80.00
HUBUNGI SAYA : azizahns_ns@yahoo.com

Thursday, March 12, 2009

ISU KALIMAH ALLAH- DARI PAS UNTUK PAS

SEKIRANYA ORANG PAS TAK PERCAYA DAN TAK YAKIN DENGAN ORANG UMNO BIARLAH ORANG PAS SENDIRI YANG TERANGKAN...
dari blog http://www.buaya-merah.blogspot.com/

Sidang Dewan Rakyat hari Khamis hangat membincangkan soal penggunaan nama Allah oleh agama lain. Semasa Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggulung perbahasan, isu kalimah Allah menyaksikan pertembungan pendapat yang ketara antara dua kumpulan dalam PAS. Gambar-gambar suasana di luar dewan selepas itu.Kumpulan muda dalam PAS yang dilihat cukup liberal pendiriannya dan kumpulan ulama yang meletakan pensucian agama mengatasi kepentingan kepartian.Ia bermula dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Seri Gading, Datuk Mohamad Haji Aziz meminta penjelasan Zahid pihak manakah yang seharusnya membuat keputusan tentang permohonan agama lain untuk menggunakan nama Allah sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah.Keduanya, beliau memberikan ingatan tentang bahaya jika nama Allah boleh digunakan oleh agama lain kerana dikhuatiri generasi muda Islam pada masa akan datang akan berpendapat dan melihat semua agama adalah sama kerana nama Allah digunakan oleh banyak agama.Malah beliau menegaskan sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini, kalimat Allah tidak seharusnya digunakan oleh agama lain dan ia akan menjadi satu perkara yang mencabar Perakra 11 Perlembagaan Persekutuan jika ia mahu terus digunakan.Belum pun sempat Zahid memberikan jawapan, dua Ahli Parlimen iaitu Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (Pas-Shah Alam) bangun memberikan pandangan.Dr. Dzulkefly dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan perkataan Allah tidak harus timbul kerana berpendapat kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.Malah beliau memetik ayat Al-Quran menjelaskan mengenai perkara tersebut dan seterusnya menegaskan, larangan pihak lain untuk menggunakan kalimah Allah seolah-olah mencabar kandungan Al-Quran.Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.Beliau juga menyatakan tidak ada salahnya penganut agama lain menggunakan nama Allah dan larangan mengenainya akan memberikan gambaran bahawa Islam adalah agama tertutup.Setelah itu Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) turut bangun memberikan gambaran bahawa kini seolah-olah semua pihak telah menerima konsep ‘Tuhan Allah”.Malah katanya, pengalaman beliau melawat kuil dan tokong, penganut agama lain menyebut mereka percaya kepada “Tuhan Allah”.Mendengar pandangan tiga Ahli parlimen Pembangkang, Zahid terus bangun bertanyakan apakah pandangan mereka tersebut merupakan pandangan rasmi parti masing-masing.Lantas Khalid dan Dr Dzulkefly menyatakan ia adalah keputusan yang dibuat oleh Dewan Ulama PAS baru-baru ini. Manakala Johari menegaskan padangannya adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi PKR.Setelah itu Ahmad Maslan (BN-Pontian) bangun dan mencadangkan agar Datuk Taib Azamudden Mat Taib memberikan pandangan untuk memperjelasakan perkara berkenaan. Cadangan itu disambut oleh Halimah Sadique (BN-Tenggara) yang berkata, Taib adalah seorang yang bekas Imam Besar Masjid Negara dan lebih layak memberikan pandangan.Zahid kemudiannya memohon kebenaran Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kemudiannya membenarkan Taib memberikan pandangan beliau.“Saya ini lebih fokus pada pensucian Islam itu sendiri dari kepartian. Terpulang kepada tafsiran orang nak letak kedudukannya di mana,” Taib memulakan penjelasannya.Bagi beliau kalimah Allah berasaskan Tauhid ia tidak boleh digunakan oleh agama lain dan berpendapat Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.“Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat Asbabbul Nuzul (sebab sesuatu ayat itu diturunkan) dan kalau kita nak buka erti Allah kepada yang lain-lain, Al Quran juga pernah mendedahkan dalam surah At Taubah (sambil beliau membacakan ayat berkenaan)“Yang bermaksud, orang Yahudi kata Uzzir anak Allah, orang Kristian kata Al Maseh, anak Allah. Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah Tauhid kita.“Allah yang dimaksudkan orang-orang Masihi adalah dan orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam.“Sebab ketauhidan makna Al Ahadiyah dan As Samadyiah itu tidak jadi satu tunggak kepercayaan yang lain daripada Islam sebab itu yang didakwa orang agama lain sedangkan bagi kita, kita tahu Allah tidak ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak,” jelasnya panjang lebar.Sehubungan itu beliau mahu kerajaan memberikan penegasan mengenai perkara berkenaan agar ia dapat mengelakkan kekeliruan dan pertelingkahan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini.Beliau turut memberikan memberikan pandangan betapa jika kekeliruan mengenai penggunaan kalimah Allah tidak dijelaskan, dikhuatiri pertembungan yang sengit akan berlaku.“Misal saya katakan, maaf saya pada sahabat-sahabat yang beragama Buddha, Hindu atau agama Kristian. Andai saya bertanya kepada yang agama Hindu, sahabat hendak pergi mana, mereka kata nak pergi sembah Allah, Tanya pula sahabat dari Batu Pahat (Dr Puad Zarkashi) atau Sri Gading (Mohamad Aziz), sahabat hendak pergi ke mana, mereka juga jawab, saya nak pergi sembah Allah.“Ini Allah yang mana? Sebab itu saya lebih suka dalam isu ini, saya menasihati temrasuk diri saya, kalau masalah menyentuh aqidah dan sentuh agama kita tak payah sibuk-sibuk,” ujar beliau.Setelah memberikan pandangan yang panjang lebar, Zahid terus bangun dan menegaskan apa yang dinyatakan oleh Taib itu adalah pandangan yang sama dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung soal penggunaan kalimah Allah.“Apa yang dinyatakan oleh Baling, itu adalah sama dengan pendirian Majlis Faktwa Kebangsaan, apa yang ditegaskan oleh Baling itu, samalah dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam, apa yang disebut oleh Baling itu, samalah dengan pendirian kerajaan,” ujar Zahid.Walaupun Dzulkefly dan Khalid cuba bangun untuk memberikan penejlasan mereka lagi, namun tindakan tersebut disampuk dengan teguran beberapa Ahli Parlimen lain. Antaranya kedengaran yang berkata, “cukuplah dengan penjelasan Baling, beliau ahli dalam bidang itu.” "Ini bukan politik tetapi kesucian agama

Tuesday, March 10, 2009

Apa yang Pemuda Mahu Apa Yang Puteri Perlu




Calon Ketua Pemuda
Apa yang pemuda mahu mungkin tak sama dengan apa yang puteri perlu. Mungkin Pemuda perlu pemuda yang bersuara lantang... bila bercakap bergegar...sorakan penyokong... boleh menggerunkan... tapi dari pandangan puteri mungkin berbeza... seorang pemimpin ideal dari persepsi puteri ... adalah seorang yang hamble, polite tapi tegas menyatakan pendirian... tak guna bising-bising tapi takde ape-ape. Jadi terpulanglah pada Pemuda.. ..






Calon Ketua Puteri..
Ciri-ciri Ketua Puteri dengan Ketua Pemuda memang tidak sama. Puteri tidak perlukan seorang yang bersuara bergegar-gegar bila bercakap....
Puteri perlu seseorang yang berpengatahuan luas dan berkarisma tapi ciri-ciri prihatin , berhemah dan berpendirian perlu selari.
Puteri tidak mahu lagi dipandang sebagai penghias majlis...
Tolong tinggalkan ciri-ciri manja ... gedik-gedik supaya Puteri dipandang sama tinggi dengan sayap-sayap yang lain. Puteri perlu bergerak berganding bahu bersama Wanita dan Pemuda.

Kepada Perwakilan
Pilihlah calon yang paling sesuai yang boleh memimpin generasi muda... kerana Pemuda masih lagi menjadi harapan bangsa Puteri Tiang Negara.
PEMUDA JANGAN POYOH ... PUTERI JANGAN GEDIK....

Monday, March 2, 2009

Pesanan Dr.Fadhilah Kamsah

Assalamualaikum......
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen(sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ..
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan .either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya ....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ..dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ...tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib ... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya...dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita".
Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya,terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing.
Wallahu A'lam...

Friday, February 20, 2009

UMNO-PAS BILA NAK BERGABUNG




Pada pandangan saya MCA+DAP+Gerakan dah lama bergabung... wakaupun mereka berlainan parti dah lama mereka bergabung satu suara. Kadang-kadang saya fikir mereka ini sengaja nak banyak parti supaya suara mereka lebih didengar apabila lebih banyak jawatan yang mereka dapat.
Tapi kita ini...
Kita ini Melayu, Satu Bangsa, Satu Agama, Kiblat Yang Sama, warna kulitpun lebih kurang sama.. cuma ade yang cerah sikit dan ade yang gelap sikit... Bahasapun sama...
bukan nak bersatu... malah nak jatuhkan lagi satu sama lain... yang sebelah pihak nak kuburkan sebelah pihak ... doakan supaya parti melayu ini jahanam.. hancur...
Yang hancur nanti siapa... Yang Jahanam nanti siapa ....
Apakah tiada ruang untuk kita ini bersatu...
Bila lagi...


Friday, February 13, 2009

TITAH DYTM RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN

Saya kira ramai di antara kita yang telah terlupa kata-kata keramat yang dititahkan oleh DYTM RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN. Di sini saya kembalikan semula antara petikan titah baginda di Majlis Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah 2008, The Malay College Kuala Kangsar, Tarikh: 21 Jun 2008 (Sabtu), Jam: 9.30 Pagi, Tempat: The Malay College Kuala Kangsar. untuk renungan bersama.

"...anak bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh—terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan—hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus—menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung—mencantas dahan tempat bergantung. Kejayaan anak bangsa di hari ini adalah atas pengorbanan—atas keringat—atas kesusahan—atas usaha generasi dahulu. Bangsa yang dapat meneruskan kelangsungan—bangsa yang tamadunnya kekal agung, adalah bangsa yang tidak memutuskan diri dengan akar sejarah malah senantiasa menghargai pengorbanan generasi terdahulu."

"Permata-permata bangsa ini diserahkan untuk digarap—untuk dicanai oleh barisan para pendidik. Garap dan canailah permata-permata bangsa ini supaya dapat menyinar cahaya kepada bangsanya—kepada negaranya. Bisikkan kepada mereka akan petua orang-orang tua, bahawa kiambang adalah kiambang, biduk berlalu bertautlah ia, pesankan kepada mereka jangan terlalu cepat bermusuh dengan kawan dan jangan terlalu ghairah bersahabat dengan musuh kerana sejak zaman dahulu lagi terlalu banyak musang berbulu ayam, terlalu banyak sokong yang membawa rebah. Ingatkanlah mereka akan sejarah bangsanya bernegara berlandaskan adat rakyat bersultan—negeri beraja."

Thursday, February 12, 2009

PEMASARAN SOSIAL

Saya rasa terpanggil untuk mengulas tentang social marketing" atau "pemasaran sosial" yang disentuh oleh saudara Nobisha dalam Politik Menjual Harapan http://nobisha.blogspot.com.

Seperti beliau, saya juga sudah lama memikirkan yang ahli politik ini sama seperti salesman. Ketika salesman ini nak menjual produk yang ditawarkannya macam-macam mereka akan beritahu tentang kebaikan produk tersebut. Kalau jualan langsung produk-produk supplement ni lagi hebat… kadang-kadang bercakap mengalahkan doktor. Kalau yang jual di jalanan tu semua produknya yang paling murah.

Kita sebagai pembeli pula…. Kadang-kadang buat bolayan tanpa mendengar satu tawaranpun sebab kadang-kadang kita dah jelak.

Kadang-kadang kita beli juga atas sebab-sebab yang kita sendiri tahu, mungkin kesian atau mungkin barang itu memang diperlukan. Sayangnya bila sudah dibeli dan digunakan. Produk tersebut tidak seperti yang diharapkan. Lebih banyak kerosakan daripada kebaikkan yang diberitahu tadi. Sebagai contoh pen berlampu yang disebut oleh saudara Nobisha tadi. Pen tersebut mungkin mudah rosak, banyak guna bateri, banyak guna duit. Hakikatnya barang-barang yang canggih seperti itu tak semestinya relevan dengan penggunaan kita.

Untuk menentukan sesuatu produk itu betul-betul bagus dan sesuai, hanya pengalaman yang boleh menentukan. Sama ada kita ini masih boleh ditipu hidup-hidup atau merelakan diri ditipu.

Berbalik dengan situasi poltik… ahli politik juga sama seperti salesman memasarkan produk sosial… dalam pemasaran teknik-teknik pembujukan selalunya mengatasi realiti sesuatu barang. Kalau tak … masakan ada bidalan “ indah khabar dari rupa”

Wednesday, February 11, 2009

FAHAM KE TAK FAHAM ATAU BUAT-BUAT TAK FAHAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan

Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.
Hung Parliament
“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.

3 ADUN Sudah jumpa Sultan

Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?
Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

Perjanjian Yang Tidak Sah.

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.
Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”
Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?

Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.
Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?
Detik Terkena Batang Hidung Sendiri.
Suatu ketika dahulu Anwar kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telan ludah sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua pernah perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.

Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!

Siddiq Azani,Fakulti Undang-undang UiTM Malaysia.
Salin bulat-bulat dari http://kerispusakamelayu.wordpress.com/

Sunday, February 8, 2009

Perbilangan Adat Luak N9

Ke darat menuju bondar (benar)
Ke laut menuju alur
Bertanam mengikut musim

Raja memerintah alam
Penghulu/Undang memerintah luak
Lembaga memerintah semenda
Orang semenda memerintah bini (isteri)
Bini (isteri) memerintah anak

Kunci alam pada Raja
Kunci luak pada penghulu/Undang
Kunci suku pada lembaga
Kunci anak buah pada buapak
Kunci bini pada laki
kunci anak pada emak bapak
kunci orang semenda pada tempat semenda (ompek mondo)

Adat datar pesakanya satu
Adat tak bertukar
Setia tak berubah
Muafakat tak beralih

Tuesday, January 27, 2009

3 PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

Buat masa ini ada 3 perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pihak pentadbir. Tak kisahlah sama ada yang mentadbir itu dikalangan BN/UMNO ke, Pas, PKR ke DAP ke Bebas ke.

1. Pendatang asing sama ada yang menimbulkan masalah atau tidak ada masalah tapi menjadi masalah kepada rakyat negara kita.
2. Sikap 'little napoleon' dan karenah birokrasi terutama di kalangan kakitangan dan agensi kerajaan. Baru taraf pegawai berlagak sebagai penentu keputusan...
3. Tugas YB-YB... (susah sangat ke jadi YB & apakah tugas harian / mingguan /bulanan / tahunan seorang YB???)

ketiga-tiga perkara ini ingin saya ulas jika ada kesempatan. Bagaimanapun saya menjemput pembaca mengulas sekiranya ada idea atau komen.

Monday, January 26, 2009

UMNO BUKAN PERLUKAN PENJENAMAAN TAPI PERLU KEMBALI KEPADA PERJUANGAN ASAL

Pada pandangan saya yang kecil ini... UMNO bukannya perlukan penjenamaan atau perubahan yang macam-macam. UMNO hanya perlu kembali kepada perjuangan asal. Berjuang untuk Islam, Bangsa dan Negara. Berjuang untuk bangsa bukan semata-mata bangsa Melayu sahaja tapi juga Bangsa-bangsa di Malaysia.

UMNO perlu kembali menjadi wadah perjuangan, pencetus minda dan menjadi jambatan antara rakyat dengan pemimpin. Kembalikan tugas UMNO sebagai tempat orang ramai mengadu kesusahan, tempat menyalurkan bantuan, tempat orang mencari perlindungan.

Perjuangan ini bukan hanya terletak di bahu pemimpin Negara bahkan di kalangan ahli tempatan. Apa gunanya jawatankuasa cawangan dan jawatankuasa bahagian sekiranya jiran sekampungpun ade yang melarat. Apa gunanya mesyuarat tiap-tiap bulan kalau masalah air, elektrik dan jalan tak dapat diselesaikan. Apa gunanya belanjawan dibentang, bantuan yang dihulurkan tak sampai-sampai.

Kembalilah kepada perjuangan dahulu… kepada YB-YB Janganlah datang bila ada kompang dan jemputan rasmi sahaja. Tak salah kita menjenguk mereka yang sakit… menghadiri kenduri-kendara…. Selalu-selalulah singgah di pasar malam atau pasar tani… sesekali berbual dan bertemu di kedai kopi…

Berkhidmatlah untuk rakyat… dan saya yakin tuan-tuan dan dato'-dato' pastikan akan dihormati.

Sunday, January 25, 2009

HAK MILIK TANAH 999 TAHUN




saya mohon kepada kerajaan terutama kepada DS Najib Razak supaya dapat memberikan hak milik tanah-tanah felda daripada 99 tahun kepada 999 tahun. Iaitu sama seperti hak milik yang diberikan kepada kaum cina di kampung-kampung baru.




Sunday, January 11, 2009

BENARKAH KITA SERIUS DALAM MEMBUAT BANTAHAN KEPADA YAHUDI ISRAEL???


Pelajar Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman Kuala Terengganu menunjukkan tanda protes terhadapa kekajaman Yahudi Israel.



Bantahan yang disuarakan oleh masyarakat antarabangsa.


sumber: Utusan Online isnin 12 Januari 2008




Monday, January 5, 2009

ZALI - Pesanan terbuka untuk BPN

Penyampaian yang kadang kala terlalu extreme dan kurang ajar hanya akan mengundang padah...ramai yang mula atau mahu beralih sokongan dan mula meluat dengan blog-blog orang umno...cuba sesekali jenguk ke blog pro pas...dengan bahasa dan akhlak yang terpuji,dengan isu-isu yang kadangkala tak sentuh langsung hal politik,pengajaran islam yang cuba diterapkan mereka,melayan tetamu tanpa mengira fahaman politik...ini memang positif!teruskan menjerit dan melalak tak tentu hala membelakangkan nilai-nilai murni dan etika islam sehingga satu masa nanti bila kita toleh belakang...baru kita sedar kita kini bersendirian...

oleh Zali dari http://siasahdaily.blogspot.com/2008/12/pas-akan-umumkan-calonnya-malam-ini.html
January 4, 2009 12:05 AM

Pengguna Islam Digesa Jangan Membeli dan Menggunakan Barangan Keluaran Yahudi dan Agen-agennya


Resolusi bertajuk : ISU PALESTIN DAN GESAAN BOIKOT BARANGAN ISRAEL / USA

1. Kami ahli BPN sebulat suara mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman tentera Israel keatas umat islam di bumi palestin' Kami juga mengesa agar semua blogger diMalaysia tanpa mengira idelogi agar bersama-sama mengutuk perbuatan yang tidak berperikemaknusiaan tersebut.
2. Pengguna Islam Digesa Boikot Barangan Yahudi/ US . Marilah kita bersama-sama melaksakan kewajipan agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan sewajarnya.
3. Kami juga menggesa agar pihak PBB lebih bertegas dalam menagani isu pencerobohan ini dan mendesak pihak Amerika agar berhenti dari terus menyokong tindakan dan polisi ketenteraan zionis tersebut.
4. Kami juga mengesa agar pihak kerajaan menghantar memorandum bantahan kepada Negara Israel dan Amerika terhadap pencerobohan ini. Sekiranya pihak Negara Amerika masih terus juga meneruskan dasar polisi luar mereka menyokong dan membantu pihak Yahudi Zionist maka kami mengesa pihak kerajaan Malaysia memutuskan perhubungan diplomatik dengan mereka.
5. SEMUA BLOGGER DIGESA MENYEBAR LUASKAN RESOLUSI INI DAN MENGHANTARNYA KEPADA MEDIA MASSA DAN ELETRONIK SERTA MENAMPAL DI MANA MANA FORUM ATAU MYSPACE ATAU YOUTUBE ATAU KOMEN BAGI MEMASTIKAN KESAN OPTIMUM GERAKAN INI
6. BPN mengesa agar pertubuhan OIC memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan lagi serta bersatu dalam menangani situasi yang melibatkan negara Islam serantau.Semua negara OIC diminta untuk mendesak PBB agar bertegas dalam isu Palestin.
7. BPN menggesa semua ahli BPN dan juga para blogger menyiarkan logo BOIKOT ISRAEL USA dan Link senarai barangannya di blog blog masing masing demi agama bangsa dan negara kita.
Disediakan oleh :Panglima Perang CyberYdp Blogger Pembela Negara (BPN)http://penembak-tepat.blogspot.com/

Thursday, January 1, 2009

sumpah keramat

sumpah keramat