Tuesday, March 17, 2009

DESAK KERAJAAN UNTUK BAN LAGU AGNES MONICA


KERAJAAN PERLU BERTINDAK TEGAS DAN CEPAT... LAGU AGNES MONICA PERLU DIHARAMKAN DI NEGARA INI. PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM LAGU INI BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN DI NEGARA INI YANG MENGKHUSUSKAN KALIMAH ALLAH HANYA UNTUK ORANG ISLAM.

SO.. BERTINDAKLAH CEPAT... UNDANG-UNDANG DAH ADE TAPI PERLAKSANAAN LEMAH..

DARI BLOG http://ustazmoden.wordpress.com/

Lirik Lagu Allah Peduli Yang Dinyanyika Agnes Monica di atas

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yangku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah mengerti
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah dibiarkannya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku mengerti


MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) mahu agar tindakan diambil mengharamkan sebuah lagu Indonesia berjudul “Allah Peduli” kerana liriknya antara lain menyebut “…sebab Allah Yesusku mengerti.”
Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata walaupun beliau belum pernah mendengar lagu itu, tindakan mengharamkannya wajar diambil memandangkan ia menyentuh sensitiviti yang membabitkan soal agama.
“Kita umat Islam dalam perakuan kepercayaan kepada Allah yang maksudnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, jelas mengakui Allah itu Esa, maka larangan penggunaan Allah oleh agama selain Islam adalah untuk mengelak kekeliruan di kalangan orang Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai lagu berkenaan nyanyian penyanyi Indonesia, Agnes Monica.
Dalam lagu berkenaan, perkataan Allah diulang beberapa kali manakala perkataan ’sebab Allah Yesus ku mengerti’ kedengaran pada bahagian akhir lagu selama tiga minit 40 saat itu.
“Ada sesetengah dari kita yang tidak faham dengan kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi. Lirik ini secara senyap memesong keimanan dan akidah,” kata Mohamad Adzib.
Beliau berkata MAIS akan mengambil tindakan mengharamkan lagu itu serta menarik semua edaran album yang mengandungi lagu berkenaan sebaik kajian dan penelitian dibuat.
“Kita minta pihak yang berkenaan di peringkat kerajaan pusat turut memantau isu lirik lagu ini dan mengambil langkah sewajarnya demi memelihara kesucian agama Islam,” katanya. / Bernama

3 comments:

  1. That's very clear...! The video clip was modified and the sound of "Yesusku" was added into the video clip! That's pity... You're believing the untruth fact!

    ReplyDelete
  2. saya masih belum terima penjelasan secara sah daripada pihak yang berwajib tentang penambahan tersebut.... selagi tiada pengesahan saya pasti masih ramai masyarakat melayu dan islam di luar sependapat dengan saya.

    ReplyDelete
  3. mmg betul pon lagu tu ade perkataan 'jesus',bkn diedit..jelas dan dh diakui oleh penyanyi tu sndri..

    sebenarnya perkataan 'Allah' mmg digunakan dalam agama kristian,merujuk kepada tuhan diorg..org kristian nie pon ade 'mazhab' gak,methodist,katolik,aglican,dll..

    ade setgh kristian tu tuhan diorg tetap 'Allah',yg menyebabkan diorg sesat tu sbb mengaku yg Nabi Isa a.s tu anak Tuhan,tu yg ajaran diorg terpesong..Kalo nk diikutkan,3 kitab terawal sebelum al-Quran pon ajarannya tetap sama,iaitu mengakui Allah adalah Tuhan yg esa,tp setelah turunnya Al-Quran,Allah dh berfirman yg mana tiada lg kitab lain selain Al-Quran (3 kitab sebelum tu dh xbole di guna pakai)..

    Dalam permasalahan lagu AGnes Monica nie,aku rase xde salah bg dier,sbb mayb negara dier benarkan penggunaan perkataan tu,just negara kita yg tak bole,sebab nk mengelakkan kekeliruan..So,xbole nk salahkan agnes monica,salahkan la org malaysia yg xblock lagu nie awal2...

    aku pernah tgk potongan bible tulisan bahasa iban dari kawan aku org sarawak,dalam bible tu jelas tulis perkataan 'Allah', n aku tanyelh kat dier 'Allah' tu saper?dier jawab yg 'Allah'tu Tuhan la..pastu aku tanye,dh tu jesus pd korg saper?dier jwb jesus tu anak 'Allah' dari ibu bernama 'mother mary'..

    So,isu penggunaan 'Allah' oleh agama lain dh lame dh kt negara kite nie,just bru sekarang jek kecoh..Kalo betul2 nk block,block la habis2...jgn dh kecoh2 bru tindakan nk dilakukan,sedangkan dalam perlembagaan dh jelas..

    Pening ngan pemimpin negara sendiri...

    ReplyDelete

sumpah keramat

sumpah keramat