Saturday, April 18, 2009

Buah Tangan Untuk Tampin.


Terima Kasih YB Dato’.

Tadi YB Dato’ Shaziman Bin Abu Mansor, Menteri Kerja Raya yang baru dilantik ada membuat pengumuman masjid-masjid di seluruh bahagian Tampin akan dibaikpulih.

Sumbangan juga akan disalurkan kepada semua Masjid Daerah Tampin untuk aktiviti mengimarahkan masjid.
Sebelum itu, YB Dato' juga menyatakan bantuan khairat kematian sebanyak RM300.00 dan bantuan kecemasan seperti kebakaran rumah (RM300.00) juga disalurkan kepada warga Tampin.

Saturday, April 11, 2009

BENARKAH SEMUA PEMBANGUNAN UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT???




Saya terpanggil untuk menulis kenyataan ini kerana baru-baru ini saya menerima perkhabaran bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan menyalurkan bantuan 20 unit komputer kepada JKKK FELDA Bukit Rokan. Saya mengakui kerajaan berniat baik. Saya tahu terdapat jurang perbezaan dalam bidang IT dan teknologi antara masyarakat Bandar dengan masyarakat kampung (luar Bandar). YB Datuk berniat baik untuk menggalakkan masyarakat luar bandar agar lebih terdedah dalam dunia IT dan menggalakkan perkembangan ilmu.

Tapi sedarkah pihak kerajaan dengan menyalurkan bantuan seperti itu juga memusnahkan perusahaan kelompok kecil yang lain. Untuk makuman, telah ada peniaga kecil dikalangan bumiputera yang telah mengusaha perniagaan internet dan komputer di tempat tersebut.

Pembinaan sebuah lagi pusat internet di FELDA Bukit Rokan melalui peruntukan 20 unit komputer kepada pihak JKKK adalah tidak relevan dengan kapasiti penduduknya seramai 2000 orang yang mana sebahagian besarnya adalah lingkungan umur 30 tahun ke atas dan hanya dianggarkan 400-500 orang lingkungan umur remaja (10 -20 tahun). Yang menjadi pengunjung pusat internet sekadar 15-20 orang sehari.

Berdasarkan jumlah penduduk yang kurang, adalah mustahil untuk peniaga kecil tersebut bersaing dengan pihak kerajaan ditambah pula dengan jadual persekolahan yang agak panjang iaitu daripada pagi hingga petang menyebabkan pengunjung hanya ramai di sebelah lewat petang dan hujung minggu.

Pendek kata, pembinaan pusat internet yang dibuka oleh pihak kerajaan nanti tentunya memberi kesan yang besar dan kerugian terhadap perniagaan tersebut.

Sememangnya benar... tidak semua pembangunan oleh kerajaan adalah untuk kesejahteraan rakyat. Selain contoh di atas, pembangunan dengan pembukaan gedung perniagaan dan pasar raya sebenarnya telah mengenepikan atau membunuh peniaga-peniaga kecil yang lain yang rata-rata adalah daripada masyarakat bumiputera rakyat luar bandar.

Kita bukan menolak pembangunan tapi benarkah pembangunan tersebut benar-benar untuk kesejahteraan rakyat???

Thursday, April 9, 2009

MB DATANG - DAPEK DUIT ATAU ABIH DUIT.



Tak lama lagi MB datang kg den sebab nak rasmikan bangunan sekolah. Den memang gomar dongan MB ni sobab dia hamble dan mesra alam. Tapi yang den tak gomar... bila dio datang... abih duit pertubuhan, duit sekolah sobab nak sambut dio. Nak sombut MB lah katokan... ber iyo-iyolah suku sakat kat kg ni.
Kalau PM datang sekalipun biarlah dia datang dengan keadaan sedia ado kat kg tu. Biarlah dia tahu jalan berlubang-lubang. Lampu jalan tak cukup. Air selalu takdo. Biarlah dia tau...

Ni suku sakat nak tunjuk kg ni cantik maso MB datang tapi hakikat ehhh banyak lagi masalah infrastruktur tak settle.
Den bukan marah kat MB tu. MB tu baik. Tapi den marah kat suku sakat kat kg den ni. Nak glamour dopan MB.

Paling den tak gomar sobab utama eeee abih duit pertubuhan den dia nak ambik sobab nak buat program maso MB datang nanti. Dah lah duit yang dapek ciput. Nak diambil pulak semato-mato nak tunjuk kat MB. MB pun tak ponah bagi duit kat pertubuhan den ni. Yang nak ambik duit tu LAGILAH TAK PONAH nak salurkan kat pertubuhan den ni.

Pertubuhan ni disertai oleh anak-anak muda.... yang rato-rato tak kojo... makno eee takdo sumber pendapatan... jadi bilo ado aktiviti sukan… aktiviti kebudayaan… duit yang YB Tok Man bagilah kami gunakan… sekarang duit tu pun nak amik semato-mato sobab MB nak datang. ADUHHHHH aiii.

Monday, April 6, 2009

ONE NATION.


SATU MALAYSIA. RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

LU FIKIRLAH SENDIRI





UNTUK RENUNGAN BERSAMA
[Ayat : 135]
Wahai orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalau orang itu kaya atau miskin maka Allah lebih tahu keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu untuk berbuat tidak adil. Dan jika kamu memutar belitkan keterangan ataupun enggan (menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.


[Ayat : 136]
Wahai orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan kepada Kitab yang diturunkan kepada Rasul-Nya, dan Kitab-kitab Suci yang diturunkan sebelumnya. Dan sesiapa yang kufur kepada Allah, dan Malaikat-Malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.


[Ayat : 137]
Sesungguhnya orang yang beriman, kemudian kafir, kemudian beriman semula, kemudian mereka kafir lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi kafir, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi petunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar.


[Ayat : 138]
Sampaikanlah khabar berita kepada orang munafik bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.


[Ayat : 139]
(Iaitu) orang yang mengambil orang kafir menjadi teman dengan meninggalkan orang yang beriman. Tidaklah patut mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan itu semuanya ialah milik Allah.


[Ayat : 140]
Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu di dalam Kitab (Al-Qur'an), iaitu apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir), maka janganlah kamu duduk dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya kamu jika demikian, tentulah sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam semuanya.


[Ayat : 141]
(Iaitu) orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah berkatalah mereka: Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu? Dan jika orang kafir pula mendapat bahagian, berkatalah mereka: Bukankah kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu dari orang beriman? Maka Allah akan menghakimi di antaramu pada hari kiamat; dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang kafir untuk membinasakan orang yang beriman.


[Ayat : 142]
Sesungguhnya orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap Allah, dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka. Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka riak kepada manusia, dan mereka pula tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali.


[Ayat : 143]
Mereka berkeadaan ragu-ragu antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak kepada (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.


[Ayat : 144]
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?


[Ayat : 145]
Sesungguhnya orang munafik ditempatkan di tingkat yang paling bawah dari neraka. Dan engkau tidak akan mendapat seorang penolongpun untuk mereka.





Thursday, April 2, 2009

UCAPAN SAYA UNTUK NEGARAWAN



UCAPAN KEPADA NEGARAWAN YANG DIHORMATI...PAKLAH.
SEBENARNYA SAYA RASA SAYA TAK LAYAK UNTUK MEMBERI UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PAKLAH ATAS SUMBANGAN BESAR BELIAU KEPADA NEGARA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN SAYA.

SAYA CUMA NAK MOHON JUTAAN KEMAAFAN ATAS SEGALA KETELANJURAN TUTUR BICARA SAYA, KOMEN-KOMEN MAHUPUN PERBUALAN ANTARA RAKAN YANG MENGAITKAN NAMA PAKLAH DALAM HAL-HAL PENTADBIRAN NEGARA.

Saya tahu Paklah tentu tak tahupun saya mengumpat dan mengutuk Paklah. Sebab Paklah bukan kenal dengan saya. Blog ni pun belum tentu Paklah baca. Tapi saya harap ade yang sampaikan kata-kata saya untuk Paklah ni.

Saya selalu marah-marah dan salahkan Paklah sebab harga barang dan minyak naik dahulu. DAHULU. Bila difikirkan semula siapalah saya ini... Paklah tentunya jauh lebih mengambil berat tentang rakyat, negara, bangsa dan agama daripada saya. Paklah tentunya lebih tahu dan lebih bijak untuk mengurus hal-hal negara berbanding saya. Paklah tentunya mempunyai tanggungjawab yang jauh lebih besar daripada saya. Kerana itu saya rasa saya tak layak mengucapkan terima kasih.

Saya cuma ingin mohon maaf atas ketidaksabaran saya.

sumpah keramat

sumpah keramat