Saturday, April 11, 2009

BENARKAH SEMUA PEMBANGUNAN UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT???




Saya terpanggil untuk menulis kenyataan ini kerana baru-baru ini saya menerima perkhabaran bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan menyalurkan bantuan 20 unit komputer kepada JKKK FELDA Bukit Rokan. Saya mengakui kerajaan berniat baik. Saya tahu terdapat jurang perbezaan dalam bidang IT dan teknologi antara masyarakat Bandar dengan masyarakat kampung (luar Bandar). YB Datuk berniat baik untuk menggalakkan masyarakat luar bandar agar lebih terdedah dalam dunia IT dan menggalakkan perkembangan ilmu.

Tapi sedarkah pihak kerajaan dengan menyalurkan bantuan seperti itu juga memusnahkan perusahaan kelompok kecil yang lain. Untuk makuman, telah ada peniaga kecil dikalangan bumiputera yang telah mengusaha perniagaan internet dan komputer di tempat tersebut.

Pembinaan sebuah lagi pusat internet di FELDA Bukit Rokan melalui peruntukan 20 unit komputer kepada pihak JKKK adalah tidak relevan dengan kapasiti penduduknya seramai 2000 orang yang mana sebahagian besarnya adalah lingkungan umur 30 tahun ke atas dan hanya dianggarkan 400-500 orang lingkungan umur remaja (10 -20 tahun). Yang menjadi pengunjung pusat internet sekadar 15-20 orang sehari.

Berdasarkan jumlah penduduk yang kurang, adalah mustahil untuk peniaga kecil tersebut bersaing dengan pihak kerajaan ditambah pula dengan jadual persekolahan yang agak panjang iaitu daripada pagi hingga petang menyebabkan pengunjung hanya ramai di sebelah lewat petang dan hujung minggu.

Pendek kata, pembinaan pusat internet yang dibuka oleh pihak kerajaan nanti tentunya memberi kesan yang besar dan kerugian terhadap perniagaan tersebut.

Sememangnya benar... tidak semua pembangunan oleh kerajaan adalah untuk kesejahteraan rakyat. Selain contoh di atas, pembangunan dengan pembukaan gedung perniagaan dan pasar raya sebenarnya telah mengenepikan atau membunuh peniaga-peniaga kecil yang lain yang rata-rata adalah daripada masyarakat bumiputera rakyat luar bandar.

Kita bukan menolak pembangunan tapi benarkah pembangunan tersebut benar-benar untuk kesejahteraan rakyat???

6 comments:

  1. YO....LAH ZIZAH..TAK PATUT..TAK PATUT,
    LAWAN DENGAN SUBSIDI KERAJAAN BUNGKAM DAN GULUNG TIKARLAH BUSINESS MAMAT TUH.

    ReplyDelete
  2. masalah juga kerajaan ni , beri salah , nanti kata tak membantu, beri kata bunuh peniaga kecil pula.entahlah.... kita fikirlah sendiri. septutnya peniaga ini perlu pecahkan kepala untuk meikirkan bagaimana mahu bersaing.

    ReplyDelete
  3. MAHATHIR PERLU SEORANG MUSUH DALAM SATU MUSIM UNTUK KEKAL SIHAT Baca disini

    ReplyDelete
  4. bersaing sesama peniaga adalah baik. tapi bersaing dengan kerajaan amat merugikan. adalah baik kalau bantuan itu terus di salurkan peniaga-peniaga yang layak sama ada dalam bentuk pinjaman atau sebagainya supaya peniaga-peniaga kecil boleh mengembangkan perniagaannya dan juga memberi kemudahan kepada masyarakat. itu pandangan saya.

    ReplyDelete
  5. kan bagus tu kalau bukak pasaraya. bukan ke kita pengguna ada hak untuk mendapat yang lebih baik. peniaga2 kat bukit rokan tu pun cekik darah yo. contoh..makan nasi lauk ikan dan sayur + air sirap, ditutuh eh sampai rm 5 ringgit. terkedu aku kena..macam duk kat kl lak.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah kerana kerajaan membuka pusat internet di Bukit Rokan......tak perlu buang duit ke cyber cafe lagi....lagi pun dalam kawasan masjid....memudahkan untuk bersolat jemaah....Terima Kasih Kerajaan.

    ReplyDelete

sumpah keramat

sumpah keramat