Thursday, March 12, 2009

ISU KALIMAH ALLAH- DARI PAS UNTUK PAS

SEKIRANYA ORANG PAS TAK PERCAYA DAN TAK YAKIN DENGAN ORANG UMNO BIARLAH ORANG PAS SENDIRI YANG TERANGKAN...
dari blog http://www.buaya-merah.blogspot.com/

Sidang Dewan Rakyat hari Khamis hangat membincangkan soal penggunaan nama Allah oleh agama lain. Semasa Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggulung perbahasan, isu kalimah Allah menyaksikan pertembungan pendapat yang ketara antara dua kumpulan dalam PAS. Gambar-gambar suasana di luar dewan selepas itu.Kumpulan muda dalam PAS yang dilihat cukup liberal pendiriannya dan kumpulan ulama yang meletakan pensucian agama mengatasi kepentingan kepartian.Ia bermula dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Seri Gading, Datuk Mohamad Haji Aziz meminta penjelasan Zahid pihak manakah yang seharusnya membuat keputusan tentang permohonan agama lain untuk menggunakan nama Allah sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah.Keduanya, beliau memberikan ingatan tentang bahaya jika nama Allah boleh digunakan oleh agama lain kerana dikhuatiri generasi muda Islam pada masa akan datang akan berpendapat dan melihat semua agama adalah sama kerana nama Allah digunakan oleh banyak agama.Malah beliau menegaskan sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini, kalimat Allah tidak seharusnya digunakan oleh agama lain dan ia akan menjadi satu perkara yang mencabar Perakra 11 Perlembagaan Persekutuan jika ia mahu terus digunakan.Belum pun sempat Zahid memberikan jawapan, dua Ahli Parlimen iaitu Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (Pas-Shah Alam) bangun memberikan pandangan.Dr. Dzulkefly dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan perkataan Allah tidak harus timbul kerana berpendapat kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.Malah beliau memetik ayat Al-Quran menjelaskan mengenai perkara tersebut dan seterusnya menegaskan, larangan pihak lain untuk menggunakan kalimah Allah seolah-olah mencabar kandungan Al-Quran.Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.Beliau juga menyatakan tidak ada salahnya penganut agama lain menggunakan nama Allah dan larangan mengenainya akan memberikan gambaran bahawa Islam adalah agama tertutup.Setelah itu Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) turut bangun memberikan gambaran bahawa kini seolah-olah semua pihak telah menerima konsep ‘Tuhan Allah”.Malah katanya, pengalaman beliau melawat kuil dan tokong, penganut agama lain menyebut mereka percaya kepada “Tuhan Allah”.Mendengar pandangan tiga Ahli parlimen Pembangkang, Zahid terus bangun bertanyakan apakah pandangan mereka tersebut merupakan pandangan rasmi parti masing-masing.Lantas Khalid dan Dr Dzulkefly menyatakan ia adalah keputusan yang dibuat oleh Dewan Ulama PAS baru-baru ini. Manakala Johari menegaskan padangannya adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi PKR.Setelah itu Ahmad Maslan (BN-Pontian) bangun dan mencadangkan agar Datuk Taib Azamudden Mat Taib memberikan pandangan untuk memperjelasakan perkara berkenaan. Cadangan itu disambut oleh Halimah Sadique (BN-Tenggara) yang berkata, Taib adalah seorang yang bekas Imam Besar Masjid Negara dan lebih layak memberikan pandangan.Zahid kemudiannya memohon kebenaran Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kemudiannya membenarkan Taib memberikan pandangan beliau.“Saya ini lebih fokus pada pensucian Islam itu sendiri dari kepartian. Terpulang kepada tafsiran orang nak letak kedudukannya di mana,” Taib memulakan penjelasannya.Bagi beliau kalimah Allah berasaskan Tauhid ia tidak boleh digunakan oleh agama lain dan berpendapat Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.“Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat Asbabbul Nuzul (sebab sesuatu ayat itu diturunkan) dan kalau kita nak buka erti Allah kepada yang lain-lain, Al Quran juga pernah mendedahkan dalam surah At Taubah (sambil beliau membacakan ayat berkenaan)“Yang bermaksud, orang Yahudi kata Uzzir anak Allah, orang Kristian kata Al Maseh, anak Allah. Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah Tauhid kita.“Allah yang dimaksudkan orang-orang Masihi adalah dan orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam.“Sebab ketauhidan makna Al Ahadiyah dan As Samadyiah itu tidak jadi satu tunggak kepercayaan yang lain daripada Islam sebab itu yang didakwa orang agama lain sedangkan bagi kita, kita tahu Allah tidak ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak,” jelasnya panjang lebar.Sehubungan itu beliau mahu kerajaan memberikan penegasan mengenai perkara berkenaan agar ia dapat mengelakkan kekeliruan dan pertelingkahan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini.Beliau turut memberikan memberikan pandangan betapa jika kekeliruan mengenai penggunaan kalimah Allah tidak dijelaskan, dikhuatiri pertembungan yang sengit akan berlaku.“Misal saya katakan, maaf saya pada sahabat-sahabat yang beragama Buddha, Hindu atau agama Kristian. Andai saya bertanya kepada yang agama Hindu, sahabat hendak pergi mana, mereka kata nak pergi sembah Allah, Tanya pula sahabat dari Batu Pahat (Dr Puad Zarkashi) atau Sri Gading (Mohamad Aziz), sahabat hendak pergi ke mana, mereka juga jawab, saya nak pergi sembah Allah.“Ini Allah yang mana? Sebab itu saya lebih suka dalam isu ini, saya menasihati temrasuk diri saya, kalau masalah menyentuh aqidah dan sentuh agama kita tak payah sibuk-sibuk,” ujar beliau.Setelah memberikan pandangan yang panjang lebar, Zahid terus bangun dan menegaskan apa yang dinyatakan oleh Taib itu adalah pandangan yang sama dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung soal penggunaan kalimah Allah.“Apa yang dinyatakan oleh Baling, itu adalah sama dengan pendirian Majlis Faktwa Kebangsaan, apa yang ditegaskan oleh Baling itu, samalah dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam, apa yang disebut oleh Baling itu, samalah dengan pendirian kerajaan,” ujar Zahid.Walaupun Dzulkefly dan Khalid cuba bangun untuk memberikan penejlasan mereka lagi, namun tindakan tersebut disampuk dengan teguran beberapa Ahli Parlimen lain. Antaranya kedengaran yang berkata, “cukuplah dengan penjelasan Baling, beliau ahli dalam bidang itu.” "Ini bukan politik tetapi kesucian agama

20 comments:

  1. Memang benar itulah pendirian kita.

    tetapi siapa nak terima ?

    Siapa nak mengalah ?

    Siapa nak biarkan pendapatnya tidak menjadi pandangan umum manusia ?

    kerana orang nak nama dan perhatian.

    ReplyDelete
  2. http://pkrpasdap.blogspot.com

    nik aziz ke gereja nak solat sana sebab allah PAS pun ada sana///

    ReplyDelete
  3. biasalah tu..bila salah seorang bangun dan ada yang dapat patahkan argument pihak satu lagi, pastinya pihak itu tak berpuas hati. yang penting tujuan asal kita sebgai HAMBA ALLAH DI MUKA BUMI INI.

    ReplyDelete
  4. yang penting kesucian kalimah ALLAH terpelihara.. Jika isu ini dmenangi oleh pihak kafirun, kita tidak tahu apa agenda seterusnya oleh pihak ini...??? membanteras lebih baik dari merawat...!!!

    ReplyDelete
  5. 1.Jika benar2 ikhlas untuk mendalami kalimah ALLAH.., adalah lebih baik melalui prosedur yang betul..,memeluk agama Islam dan belajar mendalami agama Islam... Ini kerana kalimah ALLAH bukanlah sesuatu yang harus dijadikan bahan untuk perdebatan..
    2.Harus di ingat.., isu kalimah ALLAH yang timbul mungkin telah dirancang.., yang bertujuan bagi memecahbelahkan umat Islam sendiri.. Biasalah.., pada masa sekarang.., bermacam2 pandangan yang melibatkan pelbagai pengaruh boleh dilihat... Jika tiada kata sepakat.., sudah pasti akan berlakunya salah faham dan pecah belah.. Waspada dengan tindakan kafirun yang bijak memutarbelitkan isu berkaitan agama Islam..

    ReplyDelete
  6. ak plik lah ngan org pas ni..kata nak memperjuangkan islam??tapi mcm tak amik endah isu kalimah ALLAH ni...tak semua org pas mcm tu..tu ak paham..aku berkecuali...ap yang aku pernah dgr...org berilmu dan beragama ni akan msk neraka dahulu dari penyembah berhala sekiranya mrk tidak mahu menegakkan agama dgn pnuh keikhlasan....so buang tepi politik kepartian...knp ngan DAP pas sanggup bergabung..sdgkan ak prnah terbaca dlm hadis bhwa membawa seorang yang membawa seseorang yang lain yang jauh dari Allah dekat kpd ALLah adalah lbih afdhal dari mengislamkan 10 org kafir...so lbih afdhal org pas trus memujuk org umno yang jahil kebanyakannya utk kembali pd agama dan melaksanakan hukum ALLAH...jangan putus asa dan terus menghukum....bukankah nabi sendiri sanggup 100 kali berjumpa abu jahal agar memeluk islam....apa tah lg nak ajak org islam yang jauh dari agama..kena lbih dari itu...ap yang penting aku membangkang 100% penggunaan kalimah Allah dlm artikel kristian...kpd yb khalid samad..pikirlah impak nyer pd mrk yang msih jahil dlm agama...budak2 kecik...bohsia2 luar sana..jgn satu ari nanti mrk kata Allah islam dan kristian sama je...semua agama sama je!!!!pikir3...kpd ustaz taib..semoga Allah merahmati anda...kepada kerajaan malaysia semoga Allah mengurniakan hidayah kpd anda dlm meningkatkan syiar islam di malysia....

    ReplyDelete
  7. dari sudut persepsi pendekatan linguistik, jika perkataan allah ini dipersembahkan atau ditampilkan di dalam ejaan rumi yang secara am hanya merujuk kepada makna tuhan iaitu sesuatu yang lebih baik dari manusia dan berkuasa terhadap alam dan nasib, adalah sepatutnya boleh digunapakai dan tidak boleh mendatangkan sebarang kesan mudarat atau kekeliruan.
    akan tetapi jika ianya adalah laskar allah dalam ejaan jawi atau lakaran dalam bentuk bahasa arab dan seperti yang dapat dirujuk di dalam bahasa al-quran, yakni yang lebih merupakan simbol rohaniah dan logo umum yang merujuk terus kepada allah, tuhan agama orang islam yang esa, itu sepatutnya tidak boleh dikomersilkan oleh penganut agama lain dan wajar dikawal penggunaannya.

    kata minda_budaya

    ReplyDelete
  8. apabila masyarakat muslim di malaysia menghurai dan bercakap berkenaan isu kalimah allah dengan menggunakan pendekatan yang mereka ini adalah yang lebih mulia, baik, pandai dan lebih benar daripada mereka yang mendengar dan menilai, maka segala jenis pendapat, penerangan dan alasan tidak akan dapat menembusi tahap pemikiran yang paling asas bagi seseorang itu sekalipun.
    dengan menggunapakai pendekatan bercakap sebagai wakil seorang pengikut islam sahaja dan semata-mata, mereka yang mendengar untuk menilai akan melihat ianya sebagai kupasan satu elemen dan satu sisi pandangan sahaja. persepsi adalah lebih ke arah berat sebelah dan tidak akan dipandang serius dan dinilai dengan minda terbuka dan bebas daripada pemikiran asas seseorang. untuk lebih diterima umum, selain berlandaskan tema rujukan kepercayaan islam, segala kesimpulan hendaklah mengambilkira semua jenis aspek fikiran, fahaman literal dan pegangan asas sebagai seorang individu yang hidup di dalam masyarakat yang pentingkan kewujudan tuhan di dalam alam semesta.

    kata minda_budaya

    ReplyDelete
  9. salam....betol tuh...isu ini sebenarnya memg sudh dirancang oleh pihak yang sengaja mahu umat islam bertelagah...pastu nanti,senanglah diorang nak wt celaru kt org islam....
    banteras...banteras......jangan dibiarkan....
    kalau betol2 nak gune kalimah allah..insaf lah dulu..mengucaplah 2 kalimah syahadah...

    ReplyDelete
  10. salam...
    bagi pendapat saya... isu ni sudah di politikkan.. mungkin di semenanjung tidak nampak kesan dia.. tapi di sabah dan sarawak.. jelas kesan dia amat ketara.. bagi saya.. walau siapa pun menggunakan nama 'ALLAH' tidak menjadi masalah.. orang sabah yang dah lama tinggal dengan mayarakat bukan islam.. tidak pula terpesong akidah dia.. hanya kerana mereka menggunakan perkataan 'ALLAH'.. isu ni sebenarnya di politikkan bagi memecahbelahkan perpaduan kaum di malaysia.. bukan memecah belahkan islam.. kalau lah memecah belahkan islam.. sudah tentu islam di sabah dah tak wujud sehingga sekarang sekirannya isu ni dikatankan akan menjejaskan akidah orang islam... - cuma pendapat dari sabah.

    ReplyDelete
  11. penambahan..
    di sabah penggunaan kalimah 'ALLAH' telah lama diguna pakai.. tetapi jumlah orang islam masuk kristian tidak kedengaran pula.. tidak pula akidah kami di sini terpesong.. malah jumlah orang kristian memeluk islam pula lagi ramai.. ini menunjukkan bahawa alasan boleh memesongkan akidah tidak berapa tepat.. bagi saya.. terpulang kepada diri sendiri bagi memikirkan mana yang terbaik untuk diri kita.. selagi kuat iman .. tak mungkin akidah kita boleh terpesong.. malah kehidupan masyarakat di sabah lagi terbuka dan selesa walau penggunaan kalimah 'ALLAH' tu telah lama wujud di sini. saya percaya.. isu ini dipolitikkan bagi memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini agar mudah di jajah seperti di iraq.. apa tidaknya kalau dah tak ada persefahaman macam mana kita mahu menjadi negara yang kuat.. fikir-fikir lah... isu ini sebenarnya berpunca dari semenanjung sahaja..

    ReplyDelete
  12. sejahtera..... kenapa sekarang perlu dbangkitkan isu tersebut sedangkan dari permulaan malaysia ditubuhkan semua berjalan dengan lancar dan aman..... sedarlah wahai umat dibumi ini...terutama di semenanjung....jangan terlalu taksub dengan hal yang sedemikian,ini boleh mencetuskan perbalahan antara kaum.. negara kita sudah aman....jd kekalkanlh keamanan di negara kita... fikirlh sedalam-dalamnya...

    ReplyDelete
  13. manusia selain dari beragama islam bukan Allah yang ciptakan ke? apa hak anda melarang mereka menggunakan nama tersebut? kalau mereka sekutukan Allah bukan awak yang Allah hukum! dalam alquran Allah ada kata tak boleh..nabi ada pesan tak boleh? kan Allah suruh orang islam berdebat dengan mereka secara berhikmah!bukan suruh larang guna nama Dia!

    ReplyDelete
  14. pasal isu kalimah Allah bukan main marah lagi tapi pasal undang-undang Allah tak nak ikut malah menentang habis-habisan.

    ReplyDelete
  15. Rakan2 seagama !!

    Org Islam/Melayu ada macam Majlis/Petubuhan/Jabatan pelbagai lagi panggilan yang tugasnya adalah menjaga kesucian Agama Islam. Kemana mereka2 nie ?. Susah sangat ke nak buat Mesyuarat ke Muzakarah ke untuk hukumkan bahawa" Orang Islam yang membenarkan kalimah ALLAH " digunakan oleh orang bukan Islam adalah ......" Tak kiralah apa pun hukumnya. Letakkan page deoan Surat khabar utama dan dalam TV. kan senang. Ni la masalah bila org yang sibuk mengaku pandai/arif dalam agama yang dah berakujanji akan mempertahan kesucian agama islam hanya mengharap elaun bulanan. Kalau betul dah diwartakan ALLAH hanya untuk kegunaan org Islam. kenapa tak buat copy edar kat Masjid/Surau bas stop.
    Pasal tu ramai org syak UMNO yg buat kecoh. Mmg UMNO yg memerintah sekarang nie. UMNO ada kuasa suruh la Majlis Ijtimak ke/ Mufti2 ke/ Majlis Raja-raja ke buat ketetapan. dan umumkan secara bertulis / siarkan dalam berita utama.Ramai org tak tahu itu pasal tu banyak sangat yg bagi komen. Jangan ingat bila jadi ahli PAS tu pandai hukum hakam agama...Kalau betul org PAS pandai hukum hakam agama.. kenapa pandangan berbeza2..ada berapa banyak kitab yg ada dalam Islam nie.. Rasanya pasal aqidah nie ALQURAN/HADIS aje.

    Mereka sibok bagi contoh ARAB Kristian guna perkataan Allah. Ada ke buktinya.. atau guna bukti org kristian. Ade ke dalam Bible sebut kalimah Allah. Sama ke maksudnya .

    Pada yg bertanggungjawab..tak kira lah ahli majlis ke/ ahli ijtimak ke / ahli ape ke..nie lah masa tuan-tuan bertindak..jgn asyik urut janggut,,,berulkan kopiah aje.

    ReplyDelete
  16. Tidak lain dan tidak bukan ini satu lagi propaganda pihak tertentu untuk mangalikan mata dan hati rakyat pada isu yang hangat diperkatakan masa kini seperti kehilangan injin pesawat, isu pelabuhan klang dan berbagai-bagai lagi isu yang memerlukan penjelasan yang tulus.. "Dangan nama Allah yang maha pengasih dan penyanyang. "Katakanla, tuhanku ialah Allah yang maha esa. Allah yang menjadikan sekelian mahluk. Ia tidak beranak dan tidak pula diperanakan. Dan tiada ada sesiapapun yang serupa dan seterah denganya". "Katakanlah, aku berlindung kepada Allah pemulihara sekelian manusia. Yang menguasai sekelian manusia. Tuhan yang layak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan syiatan pembisik dan penghasut. Yang membisikan hasutan dan kesesatan didalam hati manusia. (Yaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan Jin dan MANUSIA".

    ReplyDelete
  17. Senangnya nk bagi nama Allah kt org bkn islam...
    Bagi la nama kamu(islam) plak kt orang kafir...
    Suka ke namu kamu digunakan org bkn islam?? Nak sgt ikut negara luar... Jadi cam indon nnt bru tau...X bley la nk beza mne org islam mne org bkn islam...dah la melayu pon skrg ramai yg celup...Nama mcm islam muka pon dah mcm melayu, tapi sayang, mkn babi rupanye...Buat plak kenduri makan babi , ajak org melayu.Orang melayu pon dah suke sgt mkn, telan jela...Ape la nk jadi umat islam zaman sekarang...

    ReplyDelete
  18. Penjelasan Ustaz Taib itu merupakan pandangan yang lebih ahli ilmunya. Bermula dengan isu mutad, ingin menubuhkan suruhanjaya antara kaum, ingin menuntut di buang ruangan agama dan bangsa dalam kad pengenalan dan borang rasmi kerajaan, menuntut kesaksamaan antara agama dan akum dan kini ingin menuntut kalimah Allah digunakan dalam menerangkan Tuhan Kristian seperti Jesus Anak Allah... dan seribu satu tuntutan lagi... Apakah orang Islam tidak faham maksud mereka ini? Kebiadaban orang kafir ini mesti ditentang...

    ReplyDelete

sumpah keramat

sumpah keramat