Gadis kecil itu telah bertahun Dicengkam derita Di khemah pelarian Yang menjanjikan duka cita
Munir tak mengenal erti cinta Telah kering airmata Menangisi kematian Ayahbonda dan saudara
Pada suatu senja Langit Syatila Menyaksikan pembunuhan Anak kecil dan wanita Munir ditembak Penuh luka Tapi ajalnya belum tiba Kerna Tuhan mengasihi dia
Peristiwa hitam 17 September Telah menjadi bukti Sempurnalah kekejaman Suatu bangsa yang sombong dan hina
Karya Zubir Ali.
Followers
WARISAN
Di sini lahirnya sebuah cinta Yang murni abadi sejati Di sini tersemai cita cita Bercambah menjadi warisan
( korus )
Andai ku terbuang tak diterima Andai aku disingkirkan Kemana harusku bawakan Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa Di bumi ini ku melangkah Ke utara selatan timur dan barat Ku jejaki Aku Bukanlah seorang perwira Gagah menjunjung senjata Namun hati rela berjuang Walau dengan cara sendiri Demi cinta ini
( ulang korus )
Ku ingin kotakan seribu janji Sepanjang kedewasaan ini Ku ingin sampaikan pesanan Akulah penyambung warisan
SESUNGGUHNYA TIDAK ADA YANG LEBIH MENYAYAT DARI MELIHAT BANGSAKU DIJAJAH
TIDAK ADA YANG LEBIH MENYEDIHKAN DARI MEMBIARKAN BANGSAKU DIHINA
AIR MATA TIADA ERTINYA SEJARAH SILAM TIADA MAKNANYA SEKIRANYA BANGSA TERCINTA TERPINGGIR DIPERSENDA DAN DILUPAKAN
BUKAN KECIL LANGKAH WIRA BANGSA PARA PEJUANG KEMERDEKAAN BAGI MENEGAKKAN KEMULIAAN DAN DARJAT BANGSA
SELANGKAH BERERTI MARA MENGHARUNG SEJUTA DUGAAN
BIARKAN BERTATIH ASALKAN LANGKAH ITU YAKIN DAN CERMAT BAGI MEMASTIKAN NEGARA MERDEKA DAN BANGSA TERPELIHARA
AIR MATA SENGSARA MENGIRINGI SETIAP LANGKAH BAPA-BAPA KITA
TUGAS KITA BUKAN KECIL KERANA MENGISI KEMERDEKAAN RUPANYA LEBIH SUKAR DARI BERMANDI KERINGAT DAN DARAH MENUNTUTNYA
LAGI PULA APALAH ERTI KEMERDEKAAN KALAU BANGSAKU ASYIK MENGIA DAN MENIDAKKAN MENGANGGUK DAN MEMBENARKAN KERANA SEKALIPUN BANGGANYA NEGARA KERANA MAKMUR DEAN MEWAHNYA BANGSAKU MASIH MELATA DAN MEMINTA-MINTA DI NEGARANYA SENDIRI
BUKAN KECIL TUGAS KITA MENERUSKAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN KITA KERANA RUPANYA SELAIN MEMERDEKAKAN MENGISI KEMERDEKAAN ITU JAUH LEBIH SENGSARA
BANGSAKU BUKAN KECIL HATI DAN JIWANYA BUKANKAH SEJAK ZAMAN BERZAMAN MEREKA MENJADI PELAUT , PENGEMBARA MALAH PENAKLUK TERKEMUKA
BUKANKAH MEREKA TELAH MENGEMBANGKAN SAYAP MENJADI PEDAGANG DAN PENIAGA SELAIN MENJADI ULAMA DAN ILMUAN TERBILANG
BUKANKAH BANGSAKU PERNAH MENGHARUNG SAMUDERA MENJAJAH DUNIA YANG TIDAK DIKENAL
BUKANKAH MEREKA PERNAH MEJADI WIRA SERANTAU YANG TIDAK MENGANAL ERTI TAKUT DAN KEMATIAN DIMANAKAH SILAPNYA HINGGA BANGSAKU BERASA BEGITU KECIL DAN RENDAH DIRI APAKAH ANGKARA PENJAJAH
LALU BANGSAKU MULA MELUPAKAN KEGEMILANGAN SILAM DAN SEJARAH GEMILANG MEMBINA EMPAYAR
TUGAS KITA BELUM SELESAI RUPANYA BAGI MEMARTABATKAN DAN MEMULIAKAN BANGSA KERANA HANYA BANGSA YANG BERJAYA AKAN SENTIASA DIHORMATI
RUPANYA MASIH JAUH DAN BERLIKU JALAN KITA BUKAN SEKADAR MEMERDEKAKAN DAN MENGISINYA TETAPI MENGANGKAT DARJAT DAN KEMULIAAN BUAT SELAMA-LAMANYA
HARI INI, JALAN INI PASTI SEMAKIN BERLIKU KERANA MASA DEPAN BELUM TENTU MENJANJIKAN SYURGA BAGI MEREKA YANG LEMAH DAN MUDAH KECEWA
PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI KERANA HANYA YANG CEKAL DAN TABAH DAPAT MEMBINA MERCU TANDA BANGSANYA YANG BERJAYA
Melayu
Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopan Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya: Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani, semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu Malah mua’alaf bertakrif Melayu.
Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman Begitu luas daerah sempadan Sayangnya kini segala kehilangan Melayu itu kaya falsafahnya Kias kata bidal pusaka Akar budi bersulamkan daya Gedung akal laut bicara Malangnya Melayu itu kuat bersorak Terlalu ghairah pesta temasya Sedangkan kampung telah tergadai Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual Meski telah memiliki telaga Tangan masih memegang tali Sedang orang mencapai timba. Berbuahlah pisang tiga kali Melayu itu masih bermimpi Walaupun sudah mengenal universiti Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu Menikam dengan pantun Menyanggah dengan senyum Marahnya dengan diam Merendah bukan menyembah Meninggi bukan melonjak. Watak Melayu menolak permusuhan Setia dan sabar tiada sempadan Tapi jika marah tak nampak telinga Musuh dicari ke lubang cacing Tak dapat tanduk telinga dijinjing Maruah dan agama dihina jangan Hebat amuknya tak kenal lawan Berdamai cara Melayu indah sekali Silaturrahim hati yang murni Maaf diungkap senantiasa bersahut Tangan diulur sentiasa bersambut Luka pun tidak lagi berparut Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan Selagi yang ada sanggup diberikan Sehingga tercipta sebuah kiasan: “Dagang lalu nasi ditanakkan Suami pulang lapar tak makan Kera di hutan disusu-susukan Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu Masihkan tunduk tersipu-sipu? Jangan takut melanggar pantang Jika pantang menghalang kemajuan; Jangan segan menentang larangan Jika yakin kepada kebenaran; Jangan malu mengucapkan keyakinan Jika percaya kepada keadilan Jadilah bangsa yang bijaksana Memegang tali memegang timba Memiliki ekonomi mencipta budaya Menjadi tuan di negara Merdeka. ( Usman Awang)
yeahhh...itu harapan PM baru kita...
ReplyDeletepunca2 kekalahan BN
ReplyDelete1)mahathir
2)najib
3)isu perak
4)media massa
terima kasih di atas faktor2 tersebut
yg sukar utk di lunturkan kesan degil nya