UNTUK RENUNGAN BERSAMA
[Ayat : 135]
Wahai orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalau orang itu kaya atau miskin maka Allah lebih tahu keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu untuk berbuat tidak adil. Dan jika kamu memutar belitkan keterangan ataupun enggan (menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
[Ayat : 136]
Wahai orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan kepada Kitab yang diturunkan kepada Rasul-Nya, dan Kitab-kitab Suci yang diturunkan sebelumnya. Dan sesiapa yang kufur kepada Allah, dan Malaikat-Malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.
[Ayat : 137]
Sesungguhnya orang yang beriman, kemudian kafir, kemudian beriman semula, kemudian mereka kafir lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi kafir, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi petunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar.
[Ayat : 138]
Sampaikanlah khabar berita kepada orang munafik bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
[Ayat : 139]
(Iaitu) orang yang mengambil orang kafir menjadi teman dengan meninggalkan orang yang beriman. Tidaklah patut mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan itu semuanya ialah milik Allah.
[Ayat : 140]
Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu di dalam Kitab (Al-Qur'an), iaitu apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir), maka janganlah kamu duduk dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya kamu jika demikian, tentulah sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam semuanya.
[Ayat : 141]
(Iaitu) orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah berkatalah mereka: Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu? Dan jika orang kafir pula mendapat bahagian, berkatalah mereka: Bukankah kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu dari orang beriman? Maka Allah akan menghakimi di antaramu pada hari kiamat; dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang kafir untuk membinasakan orang yang beriman.
[Ayat : 142]
Sesungguhnya orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap Allah, dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka. Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka riak kepada manusia, dan mereka pula tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali.
[Ayat : 143]
Mereka berkeadaan ragu-ragu antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak kepada (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.
[Ayat : 144]
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?
[Ayat : 145]
Sesungguhnya orang munafik ditempatkan di tingkat yang paling bawah dari neraka. Dan engkau tidak akan mendapat seorang penolongpun untuk mereka.

salam buat penulis..jangan hanya tulis ayat quran shj.sertakan sekali no ayat n dari surah mana.psn sy,fahami n kaji btul2 ayat yg ditulis..bkn skdr fhm ikut terjemahan shj tp kna fhm tfsirannya sekali..lazimilah ulama'..janganlah kita memperjuangkan bangsa dengan menggadaikan agama..kalau kita xfhm,bljr n kaji..tepuk dada tanya IMAN..
ReplyDeleteIA DAH ELOK KITA BERDAKWAH DENGAN AL-QURAN TAPI ADA SEDIKIT KEKURANGAN...
ReplyDeleteSURAHNYA TIDAK DINYATAKAN...
TERUS KAN PERJUANGAN