Saturday, July 11, 2009

HASIL KERINGAT 25 TAHUN DIBAYAR RM500.00








Hasil keringat 25 tahun warga emas di FELDA Bukit Rokan hanya akan dibayar RM500.00 oleh MDT. Cubalah fikirkan sendiri....




Selama 25 tahun beliau berusaha dan tidak pernah jemu memperbaiki kehidupan beliau dan anak-anak. Semasa orang kampung lain sibuk berborak-borak dikedai-kedai kopi... semasa orang lain sibuk menjaja cerita dimesyuarat-mesyuarat tingkap.... semasa orang lain berehat-rehat di rumah... semasa itulah hutan belukar ditebas dengan tangan sendiri... paya dan parit dikambus... dengan tulang empat kudrat beliau mengusahakan tanah untuk tanaman sampingan. Beliau mengambil inisiatif untuk menambah pendapatan.




Selama 25 tahun beliau berusaha atas keringat sendiri menguasahakan tanaman sampingan menanam pokok kelapa dan menanam pokok buah-buahan... dengan tiba-tiba tanah yang diusahakan selama 25 tahun itu digondol atas nama pembangunan tanpa SEBARANG NOTIS, MAKLUMAN jauh sekali mohon keizinan oleh MDT, JKKK dan FELDA.




Dengan perasaan hiba bantahan telah dibuat... tapi yang diberi tahu oleh MDT beliau hanya akan diberi sagu hati sebanyak RM500.00. Berbaloikah???




Pokok kelapa yang diusahakan selama ini merupakan pendapatan sampingan beliau tambahan pula anaknya telah membuka kedai kek... buah kelapa tersebut digunakan sebagai bahan mentah dalam produk yang dihasilkan...




Persoalannya...


1. Tidak kah pernah terfikir oleh orang atas-atas-atas betapa banyak kerugian yang telah dan bakal dihadapi...


2. Tidakkah mereka ini boleh datang berbincang dan meminta keizinan daripada pengusaha.


3. Mana pergi Pegawai-pegawai MDT dan FELDA untuk membuat analisa perkara-perkara yang berbangkit atas tindakan mereka yang melulu.




Cubalah fikirkan...


bukan kami menolak pembangunan... buatlah apa juga pembangunan demi rakyat... TAPI... sukar sangatkah mereka meminta kebenaran atau sekurang-kurangnya memaklumkan kepada beliau dahulu dan berbincang...
















20 comments:

  1. Assalamualaikum Puan Azizah..
    Saya mohon untuk memberi sedikit ulasan berkenaan paparan puan yang bertajuk "Hasil Keringat 25 Tahun Dibayar RM500". Untuk makluman puan, projek untuk membina 4 unit gerai perniagaan ini dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Tampin. Sebanyak 2 kali mesyuarat telah diadakan oleh pentadbiran daerah bersama penyewa gerai membuat kek(anak pengusaha kebun kelapa), Pengurus Felda Bukit Rokan dan Dato' Pegawai Daerah iaitu pada 2 Julai 2009 dan 8 Julai 2009 khusus untuk membincangkan permasalahan ini. Mesyuarat ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada pengusaha kedai kek tersebut.Pada mesyuarat yang kedua juga, pihak kontraktor atas kerelaannya sendiri telah menyatakan persetujuan untuk memberi saguhati kepada ibu penyewa yang menanam pokok kelapa tersebut.Berikut saya senaraikan beberapa fakta untuk perhatian Puan Azizah:
    1. Kawasan yang ditanam pokok kelapa merupakan tanah kosong kerajaan. Sekiranya peruntukan undang-undang diambilkira, makcik tersebut boleh dikenakan tindakan selaras dengan seksyen 425 Kanun Tanah Negara. Kejadian ini merupakan sebahagian risiko apabila tanah kosong kerajaan digunakan tanpa sebarang keizinan yang sah daripada pihak berkuasa. Untuk makluman puan juga, pembayaran saguhati tersebut bukanlah dari peruntukan mahupun arahan kerajaan.Ia adalah semata-mata atas ihsan kontraktor.
    2.Pentadbiran daerah masih memberikan keizinan kepada makcik tersebut untuk terus menanam pokok buah-buahan dan kelapa dibahagian belakang gerai tersebut sehinggalah terdapat sebarang cadangan pembangunan.
    3.Untuk makluman puan juga, isu tidak adil tidak seharusnya timbul memandangkan sepanjang 25 tahun seperti yang didakwa oleh puan, makcik tersebut tidak membayar cukai tanah mahupun premium untuk kawasan yang diusahakan dengan tanaman kelapa tersebut seperti pemilik tanah yang lain.
    4.Projek gerai ini juga bukanlah projek untuk menguntungkan kerajaan.Projek ini bertujuan untuk memperelokkan kawasan perniagaan di situ yang seterusnya akan membuka lebih peluang perniagaan kepada penduduk setempat selain memberi keselesaan masyarakat luar bandar di kawasan tersebut berjual-beli.Pentadbiran daerah juga percaya,kemudahan ini bukan sahaja memberi impak kepada satu,dua individu, malahan keseluruhan penduduk di kawasan tersebut.

    Saya mengharapkan komen ini dapat memberikan penjelasan sewajarnya kepada pihak puan.Saya memohon ia dapat dipaparkan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan pembaca ruangan ini.

    Saya sangat menghargai keprihatinan puan yang saya percaya merupakan sebahagian pimpinan di daerah ini. Wasslam.

    ReplyDelete
  2. untuk pengetahuan tuan...
    1. makluman tidak pernah diberitahu oleh mana-mana pihak sama ada daripada pihak JKKK, FELDA mahupun Pejabat Daerah Tampin. Anak makcik yang merupakan pengusaha kek hanya dipanggil pada 2 Julai yang mana projek telahpun diluluskan terlebih dahulu dan ditebang pada hari ahad 5 julai. Untuk makluman... anak makcik tersebut dipanggilpunnnnn hanya kerana telah membuat bantahan dan timbul kekecohan. Mesyuarat pada 8 julai kerana kontraktor tersebut menjalankan kerja-kerja tanpa membuat penghadang. kawasan yang dimajukan adalah berhadapan dengan kedai makan dan bersebelahan dengan kedai kek. Semasa tanah dikambus disebelah kawasan yang digondol terdapat lebih 20 orang pekerja di dalam kedai kek. Dan kedai kek tersebut sedang membuat operasi kuih raya . lu fikirlah sendiri.
    2. seksyen kanun tanah negara ????... untuk makluman tuan pegawai daerah....
    dari masa kesemasa dan dari satu pengurus ke satu pengurus Rancangan selalu menggalakkan peneroka felda mengusahakan tanah kosong yang terbiar... malahan semasa kempen pilihan raya ke 12 yang dahulu... YB-YB sibuk cerita kata peneroka kalau nak tambah pendapatan ushakan tanah kosong yang ada di dalam felda. Malahan lagi dalam mesyuarat JKKK bil 01/2009 pun ade mengatakan peneroka digalakkan mengusahakan tanah yang kosong....

    3. untuk makluman pegawaiiii yang dihormati....... semasa ramai peneroka felda bermalas-malasan.... makcik sekeluarga bertungkus lumus mengusahakan tanah tersebut yang dahulunya adalah hutan berlukar dan berpaya. Tanah yang berpaya dikambus dengan modal sendiri. Semak samun ditebas... tanah itu dulunya adalah kawasan yang berpaya.... cubalah tanya kepada orang-orang tua... janganlah hanya kerana kuasa yang sedikit anda nak menunjuk lagak . makcik tersebut mengusahakan tanah tersebut juga atas galakkan tuan-tuan pengurus FELDA terdahulu..

    4. inilah masalah orang kerajaan... tanggungjawab dilepaskan pada orang lain. Dia duduk goyang kaki dipejabat. Bila timbul masalah tunding jari ke arah orang lain singkap masalah lain. Masalah tak selesai .

    5. Memang makcik tu pun tahu projek tersebut untuk membantu ekonomi orang kampung... makcik tu pun tak pernah membantah... yang dikesalkan kerana tidak memaklumkan terlebih dahulu kepada beliau... lagipun buah kelapa tengah mengeluarkan hasil... yang mana hasilnya menjadi bahan mentah dalam projek kuih raya pada tahun ini... jadi dalam tempoh 3hari cukupkah makcik tersebut membuat persediaan.

    6. tuan yang tidak ada nama ini... kalau tuan sendiri ditempat makcik tersebut saya pasti dan yakin tuan juga pasti akan membantah...

    7. kalau ditanya pasal cukai dan premium tanyalah pada semua pengusaha kebun dan kedai di felda bukit rokan. Sekiranya mereka membayar pasti makcik itu juga akan membayar.

    8. saya harap ulasan ini dapat menerangkan perkara ini. Lagipun bukanlah niat saya mencari salah tuan pegawai... tapi mencari jalan penyelesaian yang lebih adil.

    ReplyDelete
  3. AKU PERNAH MERASA PENANGAN MDT ATAS 'JASA BAIK' MEMBANTU ORANG MELAYU YANG RAJIN BERUSAHA. SEGALANYA KERANA KUASA YANG TERLEBIH DI TANGAN.

    KUASA DAN AKTA ITU MERANAPKAN HARAPAN, MELINGKUPKAN MATA PENCARIAN DAN PULUHAN RIBU MODAL YANG DAH DITANAM ATAS ALASAN PEMBANGUNAN DAN PEMBESARAN JALAN.

    TERIMA KASIH LAH KEPADA MDT YANG BERSUNGGUH MEMBANTU EKONOMI BANGSA MELAYU. LAWATI..
    http://kontraktorwibawa.blogspot.com/2009/02/kais-petang-kais-malam.html

    ReplyDelete
  4. Najib

    How about your 1Malaysia slogan? It seem Utusan newspaper is no understand in line with your slogan? What say you?

    Cakap Tak Serupa Bikin

    ReplyDelete
  5. If you can put up with 30 years of corruption, inefficiency and racism under BN, I can put up with the same from Pakatan for 10 years!

    ReplyDelete
  6. Bodoh punya melayu babi……….

    Baik balik ke tanah melayu la. We are natives of Sabah and Sarawak land - buat apa kamu punya orang datang sini menjajah kita oh?

    Kita tak suka kamu orang datang sini mengorek sumber petroleum tanah kita - this Sabah and Sarawak land not belongs to your malays.

    Get out from Sabah and Sarawak la!

    Bodoh melayu babi!

    ReplyDelete
  7. The nation does not belong to Umno, clearly the moron minister will abuse his power and to indoctrinate Umno Youth to be the next suicide bombers.

    ReplyDelete
  8. They will sell their mothers to remain in power.

    ReplyDelete
  9. Race again! It just shows UMNO and BN are scared and desperate! They must be running out of ideas! What they said are rubbish!

    ReplyDelete
  10. nasib baik dia bagi 500.00, kalau aku le..satu sen aku tak bagi. sebab apo?
    1. logik ke.. tanah tu hak felda (tuan punye) tp bila tuan punye nak usahakan tanah nya perlu lak minta izin, bebrbincang dulu atau kena bagi pampasan lak. ada akal ke
    2. felda bagi usahakan tanah tu kat makcik tu dulu atas budi bicara sahaja dan kita kena perlu faham... budi bicara tu bersifat sementara. manakala budi bicara tidak boleh mengatasi undang-undang ( kanun Tanah Negara ). lagipun selama 25 tahun felda tak pernah minta apa2 bayaran pun kat makcik tu dan selama 25 tahun makcik tu makan hasil kelapa tu tanpa ada apa2 gangguan atau cukai. tu tak berbaloi lagi ke? tak berpatutan lagi ke? kejam lagi ke ? kalau le felda tu kejam..dah lama dia runtuhkan rumah-rumah haram yang banyak didirikan kat bukit rokan tu. fikir-fikir kan le wahai azizahku.
    3. soal berbincang tu..soal kecik ye. ianya tidak lebih dari budi bahasa. apa yang penting pihak berkuasa atau felda telah memaklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada makcik tu. bagi aku ..itu kan dah cukup baik.
    4. bagi aku..apa yang pegawai tu cakap memang betul dan munasabah. cuma puan azizah saja yang terlalu emosi. jangan macam tu dik oii.
    5. lagi satu..puan azizah patut bersyukur kerana menjadi salah seorang warga felda. walaupun tak kaya tapi tak susah. kalau le felda tak wujud..dimanakah orang melayu yang tidak mempunyai tanah. duk merempat le. mungkin keluarga puan azizah dulu sebelum masuk felda mang dari keturunan orang-orang kaya, banyak tanah.

    ReplyDelete
  11. untuk yang tidak bernama saya bermaksud

    1. jangan menyusahkan orang lain dengan pentadbiran yang lembap dan pincang.. pegawai duduk atas kerusi .. tak tahu apa-apa. tau komen je.

    2. apa-apa tindakan perlu dimaklumkan dahulu sebab ia melibatkan implikasi yang lain. sebagai contoh.. tanah tu baru je dirata dan longkang yang besar ditmbus. semua nya memerlukan kos. kalau tau taklah kami buat semua tu..
    lagipun berdasarkan pengurus lama en. zakaria.. tanah tu tidak akan diusahakan lagi oleh pihak mdt jadi kami memang dibenarkan
    untuk mengusahakan tanah tersebut. malahan kebenaran bersurat pun telah diberikan.

    apa yang kami kesalkan pentadbiran yang tidak cekap menyusahkan orang lain. dan tidak MAHU MENGAKU KESALAHAN MALAHAN TIADA PERMOHONAN MAAFPUN kecuali daripada Dato' DO sendiri. pegawai lain hampeh.

    ReplyDelete
  12. yang kedua...
    mungkin itu soal kecik bagi kamu atau pegawai-pegawai kerajaan yang lembap tu.
    tapi ia persoalan adab dan maruah bagi kami.

    pasal hukum kanun tanah negara tak payahlah awak nak berdebat kalau setakat tahu tajuk je.

    bukan kami nak memanjangkan cerita ini.. tapi saya ingin memberi pengajaran dan teladan kepada pentadbir termasuk ketua kg, pengurus felda dan pegawai tanah tampin.

    ketidakcekapan mereka menyusahkan rakyat. itulah slogan yang paling layak untuk mereka.

    ReplyDelete
  13. yang ketiga...
    saya tak pernah salahkan felda... tapi kelemahan ini berpunca dari ketua kg yang bengong, pengurus dan pentadbir tanah yang tidak cekap.

    ReplyDelete
  14. bagi komentar yang hina bangsaku... bangsamu lagi hina...
    mangkuk ayun

    ReplyDelete
  15. Terima Kasih komen awak..nampaknya awak tidak menjawab apa yang saya komenkan. Agaknya awak masih tak memahami :-

    1.Awak kata - Pengurus lama si Zakaria tu nyatakan tanah itu tidak akan diusahakan lagi.
    Persoalannya - Siapa si zakaria itu untuk memberi jaminan tersebut. Adakah dia tau perancangan pembangunan yang akan datang. atau dia yang menentukan setiap pembangunan? Adakah kita tau sebelum ini tanah di sepang itu akan di bangunkan menjadi KLIA? atau adakah kita tau tanah di perang besar akan di bangunkan menjadi PUTRAJAYA?. Jawabannya tentu tidak taukan. Jadi apa relevannya cakap si zakaria itu untuk anda jadiakan pedoman atau fakta untuk didebatkan. Berkaitan Surat kebenaran itu, ingin saya nyatakan sekali lagi..walaupun sekarung surat kebenaran yang dikeluarkan oleh pihak felda tetapi jika status tanah itu masih hak felda maka tanah tersebut bila2 masa boleh dibangunkan.Lagipun surat kebenaran itu bukan kebenaran untuk anda memiliki tanah itu secara total.

    2. Nampaknya anda begitu hebat, begitu pandai hinggakan mudah mengatakan pegawai pentadbir tidak tau apa, tidak cekap. Wah..hebat sekali anda. Nasihat saya..jangan hanya pandai menyalahkan orang lain. Ini budaya yang bahaya.Jika pentadbir tanah dan pengurus felda tak cekap, Ketua kg Bengong.. jadi siapa yang cekap, siapa yang pandai. Mungkin anda agaknya..

    3. Anda fahamkah apa itu Kanun Tanah Negara hinggakan anda begitu lantang mengatakan saya hanya pandai menyebut tajuk sahaja. Ketawa saya bila membaca ayat anda itu. Wah..hebat perempuan ini. Mungkin tinggi kelulusan anda...

    4. Saya simpati kerana telah mengeluarkan kos yang banyak dengan meratakan tanah dan membuat longkang atas tanah tersebut. Tapi anda perlu faham dan redha..itu lah risikonya apabila mengusahakan tanah yang bukan hak kita.

    5. Saya pun orang melayu. Semangat melayu saya pun kuat jugak macam anda. Tapi saya benci dengan orang melayu yang hanya pandai menyalahkan orang lain.Saya bukan pegawai kerajaan apatah lagi pegawai pentadbir. Saya bukan berkelulusan tinggi seperti mana anda tapi jati diri saya masih tinggi. Saya benci dengan orang yang suka merintih dengan perkara yang remeh temeh seperti soal tanah ni. Seolah-olah telah dizalimi dengan begitu teruk sekali oleh pemerintah. Setau saya lah isu tanah tu tak lah menjadi isu yang hangat diperkatakan oleh warga bukit rokan samada di kedai kopi dsbnya.Cuma anda dan golongan yang suka merintih saja yang akan memperkatakan perkara ini atau mungkin anda mempunyai kepentingan atas tanah tersebut....

    Maka jadilah macam seloka cak kun cak..betul kata cicak...

    6. Akhir sekali gunakan le bahasa yang baik kerana itu lebih mencerminkan anda itu perempuan....

    ReplyDelete
  16. akhir sekali mungkin anda tidak ada apa isu atau cerita untuk anda tuliskan didalam bolg anda. 11 Julai dah lama tu..tak ada isu atau cerita terbaru ke lagi

    ReplyDelete
  17. Salam Azizahns,

    Undang-undang dan peraturan adalah tunjang kepada "Governance". Kalau undang-undang dan peraturan boleh dilentur mengikut citarasa individu, hancurlah "Governance". Hilang "Governance", maka negara ini akan dikawal oleh kongsi gelap atau setidak-tidaknya ganster kampung.

    ReplyDelete
  18. tanah tak pernah bayar cukai...banyak cakap pulak.....pigilah...

    ReplyDelete
  19. kau ni macam samseng kampung dusun....kalau cam tu kau duduk kat putrajaya....tanamlah pokok kat depan rumah datuk najib...tak sedar di untung dapat tanam kat tanah milik kerajaan...kami ni org kampung kena beli tanah dan bayar cukai...itulah caranya kalau nak bertanam...

    ReplyDelete
  20. azizah samseng kampung dusun.....

    ReplyDelete

sumpah keramat

sumpah keramat