Monday, January 26, 2009

UMNO BUKAN PERLUKAN PENJENAMAAN TAPI PERLU KEMBALI KEPADA PERJUANGAN ASAL

Pada pandangan saya yang kecil ini... UMNO bukannya perlukan penjenamaan atau perubahan yang macam-macam. UMNO hanya perlu kembali kepada perjuangan asal. Berjuang untuk Islam, Bangsa dan Negara. Berjuang untuk bangsa bukan semata-mata bangsa Melayu sahaja tapi juga Bangsa-bangsa di Malaysia.

UMNO perlu kembali menjadi wadah perjuangan, pencetus minda dan menjadi jambatan antara rakyat dengan pemimpin. Kembalikan tugas UMNO sebagai tempat orang ramai mengadu kesusahan, tempat menyalurkan bantuan, tempat orang mencari perlindungan.

Perjuangan ini bukan hanya terletak di bahu pemimpin Negara bahkan di kalangan ahli tempatan. Apa gunanya jawatankuasa cawangan dan jawatankuasa bahagian sekiranya jiran sekampungpun ade yang melarat. Apa gunanya mesyuarat tiap-tiap bulan kalau masalah air, elektrik dan jalan tak dapat diselesaikan. Apa gunanya belanjawan dibentang, bantuan yang dihulurkan tak sampai-sampai.

Kembalilah kepada perjuangan dahulu… kepada YB-YB Janganlah datang bila ada kompang dan jemputan rasmi sahaja. Tak salah kita menjenguk mereka yang sakit… menghadiri kenduri-kendara…. Selalu-selalulah singgah di pasar malam atau pasar tani… sesekali berbual dan bertemu di kedai kopi…

Berkhidmatlah untuk rakyat… dan saya yakin tuan-tuan dan dato'-dato' pastikan akan dihormati.

6 comments:

  1. YA BETUL...
    JANGANLAH KEJAR GLAMOUR JE SEMATA-MATA..
    ANWAR NI LAH YB PALING GLAMOUR!!!

    TAPI MACAM BIASALAH KALAU DAH GLAMOUR TAK LARI DARI SKANDAL...

    NI KALAU LIWAT MEMANG DIA PUNYA KES JE...
    LAIN ORANG TAKDA!!!

    YB KULI UNTUK RAKYAT!!!
    JANGAN LUPA TU....

    ReplyDelete
  2. betul UMNO kena kembali ke perjuangan asal seperti di zaman dato'oon dulu

    ReplyDelete
  3. Bagi masyarakat beradat mereka menjadikan ayam, sirih dan serai sebagai sumber aspirasi dalam menjana keseimbangan hidup kerana disebut dalam perbilangannya:


    Penakik pisau seraut
    ambil galah batang lintabung
    seludangnya buatkan nyiru
    setitik jadikan laut
    sekepal jadikan gunung
    alam terbentang jadikan guru.


    Sayangnya kepongahan manusia moden sukar menerima hakikat ‘alam terkembang jadikan guru’ itu.

    Pengalaman
    Gamaknya!

    ReplyDelete
  4. betul..kembali pada zaman berjuang hanya untuk rakyat..
    bukan kepentingan nama baik sendiri

    ReplyDelete
  5. Bismillahhir-Rahman nir-Rahim

    Assalamualaikum... Salam keimanan dan salam kemanusiaan buat para pencinta kedamaian... moga-moga kedamaian itu sentiasa mendakap hari-hari yang dilalui... moga kedamaian itu mengisi ruang-ruang kosong hidup mu dengan ingatan kepada yang Maha Pencipta.. moga-moga Tuhan Rabul Izzati menjadikan hari-hari dalam hidupmu adalah hari-hari yang diredhaiNya

    Apa yang diperjuangkan pihak saudari selama ni??? dan apa yang ditinggalkan oleh pihak saudari selama perjuangan itu berjalan???

    Sekian..
    Salam kemaafan... buat para pencinta silaturahim moga-moga tetap lah kaki di Sirotal Mustaqim itu walau jiwa meronta berdepan dengan seribu kepayahan...

    ReplyDelete

sumpah keramat

sumpah keramat