Saya kira ramai di antara kita yang telah terlupa kata-kata keramat yang dititahkan oleh DYTM RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN. Di sini saya kembalikan semula antara petikan titah baginda di Majlis Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah 2008, The Malay College Kuala Kangsar, Tarikh: 21 Jun 2008 (Sabtu), Jam: 9.30 Pagi, Tempat: The Malay College Kuala Kangsar. untuk renungan bersama.
"...anak bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh—terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan—hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus—menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung—mencantas dahan tempat bergantung. Kejayaan anak bangsa di hari ini adalah atas pengorbanan—atas keringat—atas kesusahan—atas usaha generasi dahulu. Bangsa yang dapat meneruskan kelangsungan—bangsa yang tamadunnya kekal agung, adalah bangsa yang tidak memutuskan diri dengan akar sejarah malah senantiasa menghargai pengorbanan generasi terdahulu."
"Permata-permata bangsa ini diserahkan untuk digarap—untuk dicanai oleh barisan para pendidik. Garap dan canailah permata-permata bangsa ini supaya dapat menyinar cahaya kepada bangsanya—kepada negaranya. Bisikkan kepada mereka akan petua orang-orang tua, bahawa kiambang adalah kiambang, biduk berlalu bertautlah ia, pesankan kepada mereka jangan terlalu cepat bermusuh dengan kawan dan jangan terlalu ghairah bersahabat dengan musuh kerana sejak zaman dahulu lagi terlalu banyak musang berbulu ayam, terlalu banyak sokong yang membawa rebah. Ingatkanlah mereka akan sejarah bangsanya bernegara berlandaskan adat rakyat bersultan—negeri beraja."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SONANG YO, KALAU KAU TAK SUKO ADO RAJO...
ReplyDeletePINDAH LA KE SINGAPURA.
ABIH CRITO.
boto kato sdra gotahlantun tu.kalau tak suko ado rajo boleh barambus pg mana2
ReplyDeleteAuum!
ReplyDeleteEhhh ! jangan lekas panik Pak, sebenernya undang-undang dan perlembagaan yang ada kini yang di ikuti oleh PR Pak, kalo kita mahu sebagaimana oleh bangsa kita makanya undang-undang dan perlembagaan yang ada yang perlu di pinda, baru melayu yang bisa utuh Pak, kan katanya rukun negara itu ada menyebut kedaulatan undang-undang, raja berpelembagaan, kan gitu Pak ! nah sekarang mengapa ketepikan undang-undang kerana sebab kuasa Pak ! Loh bagaimana kalian berfikir, kerna itu kita wajib pinda undang-undang dulu Pak !
ah bapak ini ribut-ribut ngak tahu undang-undang !
Jangan marah Pak Adi jagat Putra dan gotahlantun he he he he
Salam ...
ReplyDeletekalau kita tak suka kepada terlaksananya hukum Allah,sila cari bumi yang lain...
Dalil Qoti'e