Thursday, February 12, 2009

PEMASARAN SOSIAL

Saya rasa terpanggil untuk mengulas tentang social marketing" atau "pemasaran sosial" yang disentuh oleh saudara Nobisha dalam Politik Menjual Harapan http://nobisha.blogspot.com.

Seperti beliau, saya juga sudah lama memikirkan yang ahli politik ini sama seperti salesman. Ketika salesman ini nak menjual produk yang ditawarkannya macam-macam mereka akan beritahu tentang kebaikan produk tersebut. Kalau jualan langsung produk-produk supplement ni lagi hebat… kadang-kadang bercakap mengalahkan doktor. Kalau yang jual di jalanan tu semua produknya yang paling murah.

Kita sebagai pembeli pula…. Kadang-kadang buat bolayan tanpa mendengar satu tawaranpun sebab kadang-kadang kita dah jelak.

Kadang-kadang kita beli juga atas sebab-sebab yang kita sendiri tahu, mungkin kesian atau mungkin barang itu memang diperlukan. Sayangnya bila sudah dibeli dan digunakan. Produk tersebut tidak seperti yang diharapkan. Lebih banyak kerosakan daripada kebaikkan yang diberitahu tadi. Sebagai contoh pen berlampu yang disebut oleh saudara Nobisha tadi. Pen tersebut mungkin mudah rosak, banyak guna bateri, banyak guna duit. Hakikatnya barang-barang yang canggih seperti itu tak semestinya relevan dengan penggunaan kita.

Untuk menentukan sesuatu produk itu betul-betul bagus dan sesuai, hanya pengalaman yang boleh menentukan. Sama ada kita ini masih boleh ditipu hidup-hidup atau merelakan diri ditipu.

Berbalik dengan situasi poltik… ahli politik juga sama seperti salesman memasarkan produk sosial… dalam pemasaran teknik-teknik pembujukan selalunya mengatasi realiti sesuatu barang. Kalau tak … masakan ada bidalan “ indah khabar dari rupa”

2 comments:

  1. Mmg proses memperkembangkan pengaruh politik tak ubah spt dunia marketing. Cuma sesetengah ahli politik sendiri tidak memahami perkara ini. Mereka inilah 'half-baked politician' yg selalunya menyertai parti2 politik baru krn melihat peluang utk naik lebih cerah di situ.
    Dalam parti politik yg dah ujud lebih setengah abad pun ada byk jgk org mcm ni. Mereka gagal menggunakan 'promotional tools' yg ada dgn berkesan. Kdg2 krn nak dptkan mileage utk diri sendiri, tak sedar pula tindakan itu dlm masa yg sama memberi impak buruk kpd parti yg diwakili. Ini berlaku krn mrk 'benak' dlm memahami perilaku rakyat (consumer behavior) terhadap sesuatu isu pada sesuatu masa tsb.

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Zizah..Saya nak tanya maklumat lanjut mengenai adun yang kena tangkap basah tu.

    ReplyDelete

sumpah keramat

sumpah keramat