Tuesday, March 10, 2009

Apa yang Pemuda Mahu Apa Yang Puteri Perlu




Calon Ketua Pemuda
Apa yang pemuda mahu mungkin tak sama dengan apa yang puteri perlu. Mungkin Pemuda perlu pemuda yang bersuara lantang... bila bercakap bergegar...sorakan penyokong... boleh menggerunkan... tapi dari pandangan puteri mungkin berbeza... seorang pemimpin ideal dari persepsi puteri ... adalah seorang yang hamble, polite tapi tegas menyatakan pendirian... tak guna bising-bising tapi takde ape-ape. Jadi terpulanglah pada Pemuda.. ..






Calon Ketua Puteri..
Ciri-ciri Ketua Puteri dengan Ketua Pemuda memang tidak sama. Puteri tidak perlukan seorang yang bersuara bergegar-gegar bila bercakap....
Puteri perlu seseorang yang berpengatahuan luas dan berkarisma tapi ciri-ciri prihatin , berhemah dan berpendirian perlu selari.
Puteri tidak mahu lagi dipandang sebagai penghias majlis...
Tolong tinggalkan ciri-ciri manja ... gedik-gedik supaya Puteri dipandang sama tinggi dengan sayap-sayap yang lain. Puteri perlu bergerak berganding bahu bersama Wanita dan Pemuda.

Kepada Perwakilan
Pilihlah calon yang paling sesuai yang boleh memimpin generasi muda... kerana Pemuda masih lagi menjadi harapan bangsa Puteri Tiang Negara.
PEMUDA JANGAN POYOH ... PUTERI JANGAN GEDIK....

Monday, March 2, 2009

Pesanan Dr.Fadhilah Kamsah

Assalamualaikum......
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen(sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ..
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan .either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya ....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ..dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ...tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib ... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya...dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita".
Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya,terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing.
Wallahu A'lam...

Friday, February 20, 2009

UMNO-PAS BILA NAK BERGABUNG




Pada pandangan saya MCA+DAP+Gerakan dah lama bergabung... wakaupun mereka berlainan parti dah lama mereka bergabung satu suara. Kadang-kadang saya fikir mereka ini sengaja nak banyak parti supaya suara mereka lebih didengar apabila lebih banyak jawatan yang mereka dapat.
Tapi kita ini...
Kita ini Melayu, Satu Bangsa, Satu Agama, Kiblat Yang Sama, warna kulitpun lebih kurang sama.. cuma ade yang cerah sikit dan ade yang gelap sikit... Bahasapun sama...
bukan nak bersatu... malah nak jatuhkan lagi satu sama lain... yang sebelah pihak nak kuburkan sebelah pihak ... doakan supaya parti melayu ini jahanam.. hancur...
Yang hancur nanti siapa... Yang Jahanam nanti siapa ....
Apakah tiada ruang untuk kita ini bersatu...
Bila lagi...


Friday, February 13, 2009

TITAH DYTM RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN

Saya kira ramai di antara kita yang telah terlupa kata-kata keramat yang dititahkan oleh DYTM RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN. Di sini saya kembalikan semula antara petikan titah baginda di Majlis Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah 2008, The Malay College Kuala Kangsar, Tarikh: 21 Jun 2008 (Sabtu), Jam: 9.30 Pagi, Tempat: The Malay College Kuala Kangsar. untuk renungan bersama.

"...anak bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh—terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan—hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus—menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung—mencantas dahan tempat bergantung. Kejayaan anak bangsa di hari ini adalah atas pengorbanan—atas keringat—atas kesusahan—atas usaha generasi dahulu. Bangsa yang dapat meneruskan kelangsungan—bangsa yang tamadunnya kekal agung, adalah bangsa yang tidak memutuskan diri dengan akar sejarah malah senantiasa menghargai pengorbanan generasi terdahulu."

"Permata-permata bangsa ini diserahkan untuk digarap—untuk dicanai oleh barisan para pendidik. Garap dan canailah permata-permata bangsa ini supaya dapat menyinar cahaya kepada bangsanya—kepada negaranya. Bisikkan kepada mereka akan petua orang-orang tua, bahawa kiambang adalah kiambang, biduk berlalu bertautlah ia, pesankan kepada mereka jangan terlalu cepat bermusuh dengan kawan dan jangan terlalu ghairah bersahabat dengan musuh kerana sejak zaman dahulu lagi terlalu banyak musang berbulu ayam, terlalu banyak sokong yang membawa rebah. Ingatkanlah mereka akan sejarah bangsanya bernegara berlandaskan adat rakyat bersultan—negeri beraja."

Thursday, February 12, 2009

PEMASARAN SOSIAL

Saya rasa terpanggil untuk mengulas tentang social marketing" atau "pemasaran sosial" yang disentuh oleh saudara Nobisha dalam Politik Menjual Harapan http://nobisha.blogspot.com.

Seperti beliau, saya juga sudah lama memikirkan yang ahli politik ini sama seperti salesman. Ketika salesman ini nak menjual produk yang ditawarkannya macam-macam mereka akan beritahu tentang kebaikan produk tersebut. Kalau jualan langsung produk-produk supplement ni lagi hebat… kadang-kadang bercakap mengalahkan doktor. Kalau yang jual di jalanan tu semua produknya yang paling murah.

Kita sebagai pembeli pula…. Kadang-kadang buat bolayan tanpa mendengar satu tawaranpun sebab kadang-kadang kita dah jelak.

Kadang-kadang kita beli juga atas sebab-sebab yang kita sendiri tahu, mungkin kesian atau mungkin barang itu memang diperlukan. Sayangnya bila sudah dibeli dan digunakan. Produk tersebut tidak seperti yang diharapkan. Lebih banyak kerosakan daripada kebaikkan yang diberitahu tadi. Sebagai contoh pen berlampu yang disebut oleh saudara Nobisha tadi. Pen tersebut mungkin mudah rosak, banyak guna bateri, banyak guna duit. Hakikatnya barang-barang yang canggih seperti itu tak semestinya relevan dengan penggunaan kita.

Untuk menentukan sesuatu produk itu betul-betul bagus dan sesuai, hanya pengalaman yang boleh menentukan. Sama ada kita ini masih boleh ditipu hidup-hidup atau merelakan diri ditipu.

Berbalik dengan situasi poltik… ahli politik juga sama seperti salesman memasarkan produk sosial… dalam pemasaran teknik-teknik pembujukan selalunya mengatasi realiti sesuatu barang. Kalau tak … masakan ada bidalan “ indah khabar dari rupa”

Wednesday, February 11, 2009

FAHAM KE TAK FAHAM ATAU BUAT-BUAT TAK FAHAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan

Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.
Hung Parliament
“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.

3 ADUN Sudah jumpa Sultan

Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?
Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

Perjanjian Yang Tidak Sah.

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.
Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”
Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?

Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.
Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?
Detik Terkena Batang Hidung Sendiri.
Suatu ketika dahulu Anwar kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telan ludah sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua pernah perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.

Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!

Siddiq Azani,Fakulti Undang-undang UiTM Malaysia.
Salin bulat-bulat dari http://kerispusakamelayu.wordpress.com/

Sunday, February 8, 2009

Perbilangan Adat Luak N9

Ke darat menuju bondar (benar)
Ke laut menuju alur
Bertanam mengikut musim

Raja memerintah alam
Penghulu/Undang memerintah luak
Lembaga memerintah semenda
Orang semenda memerintah bini (isteri)
Bini (isteri) memerintah anak

Kunci alam pada Raja
Kunci luak pada penghulu/Undang
Kunci suku pada lembaga
Kunci anak buah pada buapak
Kunci bini pada laki
kunci anak pada emak bapak
kunci orang semenda pada tempat semenda (ompek mondo)

Adat datar pesakanya satu
Adat tak bertukar
Setia tak berubah
Muafakat tak beralih

sumpah keramat

sumpah keramat