Saturday, July 11, 2009

HASIL KERINGAT 25 TAHUN DIBAYAR RM500.00








Hasil keringat 25 tahun warga emas di FELDA Bukit Rokan hanya akan dibayar RM500.00 oleh MDT. Cubalah fikirkan sendiri....




Selama 25 tahun beliau berusaha dan tidak pernah jemu memperbaiki kehidupan beliau dan anak-anak. Semasa orang kampung lain sibuk berborak-borak dikedai-kedai kopi... semasa orang lain sibuk menjaja cerita dimesyuarat-mesyuarat tingkap.... semasa orang lain berehat-rehat di rumah... semasa itulah hutan belukar ditebas dengan tangan sendiri... paya dan parit dikambus... dengan tulang empat kudrat beliau mengusahakan tanah untuk tanaman sampingan. Beliau mengambil inisiatif untuk menambah pendapatan.




Selama 25 tahun beliau berusaha atas keringat sendiri menguasahakan tanaman sampingan menanam pokok kelapa dan menanam pokok buah-buahan... dengan tiba-tiba tanah yang diusahakan selama 25 tahun itu digondol atas nama pembangunan tanpa SEBARANG NOTIS, MAKLUMAN jauh sekali mohon keizinan oleh MDT, JKKK dan FELDA.




Dengan perasaan hiba bantahan telah dibuat... tapi yang diberi tahu oleh MDT beliau hanya akan diberi sagu hati sebanyak RM500.00. Berbaloikah???




Pokok kelapa yang diusahakan selama ini merupakan pendapatan sampingan beliau tambahan pula anaknya telah membuka kedai kek... buah kelapa tersebut digunakan sebagai bahan mentah dalam produk yang dihasilkan...




Persoalannya...


1. Tidak kah pernah terfikir oleh orang atas-atas-atas betapa banyak kerugian yang telah dan bakal dihadapi...


2. Tidakkah mereka ini boleh datang berbincang dan meminta keizinan daripada pengusaha.


3. Mana pergi Pegawai-pegawai MDT dan FELDA untuk membuat analisa perkara-perkara yang berbangkit atas tindakan mereka yang melulu.




Cubalah fikirkan...


bukan kami menolak pembangunan... buatlah apa juga pembangunan demi rakyat... TAPI... sukar sangatkah mereka meminta kebenaran atau sekurang-kurangnya memaklumkan kepada beliau dahulu dan berbincang...
















Monday, July 6, 2009

SUARA BUKIT ROKAN

SURAT TERBUKA UNTUK
YAB. Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad b. Hj. Hassan
Menteri Besar Negeri Sembilan


Assalamualaikum,
YAB Dato’ Seri Utama

BANTAHAN TERHADAP PERLANTIKAN EN MOHAMAD ZAIN BIN ABD GHANI SEBAGAI PENGERUSI JKKK FELDA BUKIT ROKAN

Adalah dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

Untuk makluman YAB Dato’ Seri Utama, kami mohon pertimbangan daripada Dato’ supaya perlantikan En. Mohamad Zain Bin Abd Ghani ditarikh balik atau tidak disambung kontraknya. Kami mewakili sebahagian besar penduduk kampung membantah atas perlantikan beliau sebagai Pengerusi JKKK di FELDA Bukit Rokan. Di bawah ini diserta sebab-sebab bantahan ini untuk pertimbangan YAB Dato’ Seri Utama:-

1. Bersikap tidak adil dan tidak professional, mencampurkan masalah peribadi dengan tugas beliau sebagai Ketua kampung. Sebagai contoh menyekat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bantuan-bantuan lain yang dihulurkan kepada penduduk atau pertubuhan sekiranya pemohon tersebut kurang disenangi beliau. Malahan beliau membantah sebarang permohonan yang dihulurkan atas sebab-sebab peribadi.

2. Tidak memberi kerjasama dengan penduduk kampung, bersikap sombong dan angkuh. Sebagai contoh penduduk yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan akan ditekan atau tidak dibenarkan berniaga atas alasan yang tidak munasabah.

3. Tidak pernah memberi bantuan kepada persatuan-persatuan / kelab-kelab dari segi kewangan. Sebagai contoh TABIKA KEMAS tidak pernah mendapat bantuan atau sumbangan daripada JKKK untuk menjayakan program-program seperti sukan tahunan dan sebagainya semenjak beliau memegang jawatan Pengerusi JKKK. Adalah difahamkan bantuan tidak disalurkan hanya kerana beliau mempunyai masalah peribadi dengan Pengerusi Tabika Kemas. Malahan kelab-kelab sukan di dalam FELDA terpaksa mencari alternatif lain untuk menjayakan program-program yang dianjurkan.

4. Menebang pokok-pokok kelapa dan buah-buahan yang menjadi hasil sampingan peneroka tanpa sebarang notis.

5. Sewenang-wenangnya mengambil tanah yang diusahakan oleh peneroka tanpa berbincang dengan pengusaha. Sebagai contoh beliau mengusahakan kolam ikan di atas tanah yang telah diusahakan oleh orang lain tanpa berbincang terlebih dahulu.

6. Menyekat kemudahan-kemudahan awam untuk digunakan oleh orang ramai. Sebagai contoh kelab sukan tidak dibenarkan mengadakan aktiviti di dalam dewan atas sebab remeh temeh seperti meningkatnya penggunaan bil elektrik dan air.

7. Tidak mempunyai sifat-sifat kepimpinan. Tidak boleh menerima kritikan, tidak boleh ditegur, cadangan dan pandangan daripada orang lain. Bersikap irihati dan hasad dengki terhadap keupayaan orang lain.


Kami percaya sekiranya beliau masih lagi diberikan kepercayaan untuk menjawat jawatan Ketua Kampung, penduduk di sini pasti akan berpecah belah dan tidak mustahil akan beralih arah menyokong pihak pembangkang pada PRU yang ke13. Untuk makluman, kaum-kaum lain juga tidak menyenangi beliau sebagai ketua kampung.

Daripada:-

SUARA BUKIT ROKAN

sumpah keramat

sumpah keramat